Sabtu, 19 Mac 2011

LalAt

السلام عليكم


Lalat 1:Kau ada bau benda busuk tak?

Lalat 2:Bau ketiak kau la.

Lalat 1:Eleh,kau pun angkat jugak ketiak tuh.WeKKk

Lalat 2:Dah-dah,jangan nak salahkan aku.Yang pasti ketiak kita sama-sama busuk.

Lalat1:Kau je,aku tak.

Moralnya,terima la hakikat yang kita di kadang-kadang tak perasaan yang kita ni pernah buat silap.Terima kasih kerana mengeja.Assalamualaikum,






Jumaat, 18 Mac 2011

Tasik CinTa????

السلام عليكم

ok.Tasik cinta.Iyaaa,Tasik Cinta.Apa itu Tasik Cinta

"Tanya sama tasik apa sebab cinta,
nanti jawab tasik tanya la cinta.
Tanya sama cinta apa sebab cinta,
nanti jawab cinta tanya la tasik."

Hahahah.Jangan marah.Ok,begini.korang tahu pasal terminal bas bandar tasik selatan.Aku dah 'jatuh cinta' kat terminal tuh.Tu la sebab dinamakan tasik cinta.Emm,kalau buat skrip tv best jugak yer.Wokeh,meh ak cerita sikit-sikit pasal terminal ni.

Sebelum ini kalau nak naik bas ke turun bas ke mesti kena pergi kat Stesen Pudu kan?Tak lama kemudian,kena pergi stesen Bukit Jalil kan?Sebab apa?Sebab kita akan dapat stesen bas baru.Macam mana rupa stesan baru tuh?Jom tengok bawah...

nama diberi

dekat dengan landasan komuter,jalan raya,rumah-rumah

tempat duduk selesa

bertaraf antarabangsa

permandangan dari luar.Konfem sesat!!!



macam KLIA(Bajet pernah pergi)


Maaf sebab gambar tak clear sangat.Aku cekup dari internet je tadi.Aku belum sampai lagi kat sana.Insya-Allah,aku akan try jugak sampai kat sana.Macam mana cara sekalipun,aku kena sampai kat sana.Tak kira..Tak kira..Tak kira...
(eh,asal emo sangat ni?)

oklah.Jom tengok keadaan kawasan dia macam mana.Tapi tak sepenuhnya la sebab aku celup dari berita.


Macam mana?Hebatkan?Berbanggalah anda kerana menjadi rakyat Malaysia.
Terima kasih kerana mengeja.Assalamualaikum.


SeKaLi KetawA Terus KetaWa

السلام عليكم

Hari ini mari kita ketawa.Siapa yang tengah tension dinasihatkan agar melihat video dibawah sehingga tamat.Lihat hasilnya!!!!


macam mana?ada sedikit perubahan?Kalau tak ada teruskan menonton video di bawah pula.Tapi kena sabar kalau loading lama sangat.



Macam mana?Kalau korang still tak ketawa itu maknanya ada 'wayar' yang tercabut.Heheheh
Terima kasih kerana sudi menonton.Assalamualaikum.

Khamis, 17 Mac 2011

SetiaP MaLam JumAat,Hari KhaMis dan Musim Cuti

السلام عليكم

kalau setiap malam jumaat,hari khamis dan musim cuti mesti aku tension.......


malam ni la kutu-kutu rayau dok merempit tengah jalan.Rumah aku ni betul-betul tepi jalan raya besar on the way nk ke Kelantan.Tambah-tambah jalan lurus dan ada dua jalan setiap arah.Jadi,kami sekeluarga dihidangkan dengan bingitan yang sangat bingit.Punya la syok mat rempit tu berlumba.Rasa macam nak pergi ketuk kepala diaorang je.


Macam ni la keadaan kawasan tempat aku bila malam jumaat,hari khamis dan musim cuti.Pada waktu ini anak-anak remaja cuti sekolah,jadi waku ni la masa yang sesuai untuk mereka melepaskan 'tension'.Yang jadi mangsa ialah penduduk kampung aku jugak.Yang terpaksa menadah telinga dengar bunyi motor yang bingit penduduk kampung aku jugak.Aku sendiri tak tahu apa yang seronoknya berlumba.

Bukan niat aku nak burukkan nama kampung,tapi sebenarnya rata-rata yang datang berlumba ni bukan anak kampung aku yang jati.Mereka ni datang dari pelusuk kampung.Malah kampung kat negeri kelantan pun ada yang datang join.Sebab apa?Sebab jalan kampung aku ni port yang paling sesuai diorang nak berlumba.Kalau ada polis yang kejar,banyak jalan pintas yang boleh dilalui.Jadi,kesimpulannya kampung aku ni tersangat sesuai nak dijadikan tempat berlumba.yang dapat nama pun kampung aku jugak.

Kebiasaanya mereka akan mula berlumba dari pukul 9.30malam sampai la pukul 11.00 lebih.Paling awal habis pun pukul 10.30 mereka akan berhenti.Kadang-kadang kalau ada kawan aku yang call,diorang akan tanya. "duduk kat litar lumba motor ke?"
Korang faham makna soalan tu?Itu maknanya kawan aku pun dapat dengar bunyi motor seolah-olah aku ada di tempat kejadian padahal aku duduk dalam bilik yang jaraknya 200meter dari jalan raya.

Kalau mood diorang baik,diorang akan berhenti pukul 12.00 lebih.Time tu aku dah mula mengantuk,tapi nak tidur pun tak dapat.Tak pasal-pasal aku dapat dengar muzik enjin motor yang 'mendayu-dayu'.


wokeh la.terima kasih sudi mengeja.Assalamualaikum.








teRenGGanu pun Ada

السلام عليكم

wokeh.kalau di Kedah hang ada matluthfi dan inianwarhadi.Siapa mereka?klik video di bawah..





kat atas ni matluthfi.Aku start kenal dia masa tertengok video kat bawah ni.Time tuh tengah duduk bukak FB.




Kalau aku bowink ke,stress ke,xde kje nak buat ke,aku dok usha la youtube dia.Kadang-kadang buat hilangkan mengantuk bila berjaga tengah malam siapkan tugasan.Berlambak lagi video yang dia buat,kalau nak tahu tanya pakcik google,pasti ada jawapan.Kalau didengar baik-baik,apa yang dia beritahu tu memang betul.xde yang auto segalanya fakta.

Pasal inianwarhadi pula aku kenal masa cikepal06 dok cerita kat blog dia.Jom tengok video dia.



yang ni pun orang kedah jugak.Dua-dua ni orang kedah.Mesti hang dok bangga ngn depa kang?meh chek nak habaq,terengganu pun ada gak.Huhuhu.Ok jom layan apo orang ganu kabor pulak.Kalu dok pahang maaf banyok deh,kite dok leh nok tolong. macang biase tanye pakcik google translate.





aku bangga menjadi anak terengganu.!!!! harap korang enjoy la dengar video-video kat atas tuh.Terima kasih sudi baca.Assalamualaikum.






Rabu, 16 Mac 2011

caRa hiLang Stres

السلام عليكم

anda stress?perlukan bantuan?jangan risau,saya akan membantu anda untuk menghilangkan stress tersebut.Saya hidangkan anda dengan gambar-gambar di bawah.Selamat menonton




sapa kata burung tak pandai makan jajan?

burung pun pandai merokok tau...!!!

sapa lagi kuat??Aku ke kamu?

wasuPPP bebBB!!!

wacaa!!!!kalau berani datang la...

burung pun teror baca dan fikir tau.Jangan main-main

okeh.Untuk gambar burung kita berhenti setakat tu je.Macam mana?Sudah hilang stress?kalau belum JOM tengok gambar kat bawah pulak.

Gosok jangan tak gosok

wacaaaaaaaaaaaaa!!!!

mana satu yang betul?

dushhh!!!ambik kau.sape suruh stresss

ahhh tidak tanganku pecah!!!

urghhhhhh,makan budak!!!

Sejuk la kat bawah ni...
ko nak buat pe dalam bingkai tu???

ada masalah ke dengan kaki aku ni?

petua menyerikan wajah
gunalah kacip fatimah untuk slim macam saya

Baiklah.Begitulah cara yang dapat saya bantu untuk menghilngkan stress anda semua.Jangan terlalu stress kerana stress boleh membunuh kita.Ingat Allah sentiasa.Jika kita ingat Allah,Allah akan ingat kita juga.Assalamualaikum.


drAgoN BaLL

السلام عليكم
ok.Entri kali ini akan membawa anda mengimbau kenangan masa kecik-kecik dulu.Ingat lagi kepada Dragon Ball?Sebenarnya dragon ball ada 7biji semuanya.Ayat ni selalu aku guna untuk kenakan orang.Kalau kat pantai timur kami tak berpeluang nak tengok dragon ball pada hari ahad sebab sekolah time tuh.Jadi,hanya sekolah di kawasan pantai barat sahaja yang berpeluang melihat kesinambungan episod yang dimainkan pada hari tu.



Aku sendiri tak tahu di mana kekuatan cerita tu sampai aku pun minat nak tengok cerita ni.Aku still ingat muzik dia walaupun tak hafal sangat lagu cerita tuh.Emmm,bila ingat balik-balik terasa lucu la plak.Aku relatak tidur balik lepas solat subuh(kantoi) hari sabtu tuh semata-mata nak tengok cerita yang dimainkan pada waktu pagi.Bila dah habis cerita tu,mula la berebut dengan adik-beradik lain nak mandi dan basuh kasut sekolah.Budak-budak katakan.

Sekarang aku dah besar.Kartun tu pula dah tak disiarkan lagi(tapi tak tahu la kalau still disiarkan)nanti bila aku dah ada anak cucu cicit ciok,aku akan cerita semua ni kat diorang.Kasi diorang jeles sebab diorang tak dapat tengok dragon ball.HahahahaHahahah

ok,aku tinggalkan korang dengan video ni.Mana la tahu boleh mengubat kerinduan korang pada zaman kanak-kanak.


ok,Babai

Selasa, 15 Mac 2011

YoYo

السلام عليكم
Yoyo.Sape sini ingat lagi kt yoyo?Masa aku darjah 5,permainan yoyo ni menjadi kegilaan remaja,malah aku pun tergila-gila jugak kat yoyo ni.Kalau pergi sekolah ofkos akan bawak dan main time rehat.masa tu kami sama-sama tunjuk kehebatan dan bertanding olok-olok.Yoyo sapa yang bertahan bergerak tanpa henti dikira menang.Kebiasaannya aku akan kalah.Time cuti pula,sepupu-sepupu aku akan tunjuk kehebatan main yoyo.Sepupu yang kecik-kecik pula akan berbalah nak main jugak walaupun diorang tak reti main sangat.Begitu la hebatnya penangan yoyo ni sampaikan pelusuk negara meminati permainan ini.



Aku tak pasti sangat macam mana yoyo ni mula diminati oleh remaja masa tu.Masa frist aku tengok yoyo ni bila abang aku dok ekzen main depan aku.Mula-mula buat muka poyo dulu,bila lama-lama terminat la plak nak pegang benda tu.Frist aku jatuhkan tali yoyo tu rasa macam aku pecahkan pasu je.Hahahaha.Ada ke orang yang perasaan macam aku tuh.Lawak sih..tak lama kemudian tuh,aku ada tertengok kat NTV 7 yang menyiarkan pertandingan remaja bermain yoyo.Pelbagai aksi action yang diorang buat sampai mulut hidung aku terngaga melihatnya.

Kalau aku pergi bandar pula,aku dapat tengok deretan anak-anak remaja dok main yoyo tepi jalan.Malah ada yang main kat lorong-lorong bangunan.Yang main kat stesan bas ngn teksi tak payah cerita la.Berlambak-lambak.Jadi aku dapat tengok persembahan tanpa kena cas pun.Begitu hebatnya penangan yoyo!!



Sekarang aku tengok dah tak ada yang main yoyo ni.Tak ada anak muda yag duduk tepi jalan mengalunkan yoyo.Tak ada lagi rancangan televisyen yang menyiarkan pertandingan yoyo.Sudah tak ada lagi.Permainan yoyo ini sebenarnya baik untuk latihan otak.Apabila kita mengawal pergerakan tali yoyo sebenarnya kita tengah melatih dan mengerakkan otak kita.Ketika bermain otak kanan berfungsi kerana ketika itu  pemain sedang mengawal emosinya supaya tidak menjejaskan pergerakan tali yoyo.Kalau tak caya,try la.Main yoyo ketika tengah tension,adakah yoyo tu dapat berputar dalam jangka masa yang lama.

Ok,cukup ni je pada kali ini.Kat bawah ni aku tinggalkan video pasal yoyo.Tekan jangan tak tekan.



TERIMA KASIH,DATANG LAGI




BeruBah

السلام عليكم
Emmmm...sihat semua?Ada bau sesuatu yang baru tak??emmm...ce bau ce bau(BACA GAYA USOP).Bau tak??Heheheheh...Ofkos ada bau kan.Okeh,malas nak panjang-panjang.Blog aku sekarang dah berubah wajah.dari header,lambang,huruf,warna dan semua la.Boleh dikatakan dalam 90% berubah.Sehari suntuk aku dok menghadap toturial blog-blog senior,maka ini la hasilnya.

Kalau ditengok ditenung dilihat dikelih disekondeng,memang aku tak puas hati dengan gaya hiasan blog ni lagi,tapi mata aku dah penat sangat nak mengeja.Kali ni,aku berpuas hati sebab aku hias guna idea sendiri,guna pengethuan sendiri tanpa bantuan cape-cape.Sebelum berlabuh tirai ce dengar ce dengar dulu lagu ni..


saja suruh dengar,kalau tak nak dengar pun tak pe.

يأتي مرة أخرى





Isnin, 14 Mac 2011

PeRgi Tak KembaLi


salam
semalam aku dikejutkan dengan berita kehilangan salah seorang kawan ketika belajar di SMKAWA dlu.



Masa mula-mula dapat berita aku terkejut,tak percaya.Bila aku bukak FB dan tengok dalam groups,memang betul.Kawan aku dah pergi buat selamanya.Bila baca post-post,sebak rasanya.Aku pun tak maklum sangat tentang kejadian yang menimpa awrah.Cuma yang aku tahu,arwah excidnt di Tambun Perak.Arwah meninggal 13/3/2011.Pada 15/3 arwah akan menyambut ulang tahun kelahirannya.Hanya tinggal beberapa hari lagi.Sampai sekarang aku sebak tak terkata.

Arwah memang seorang yang baik,mudah bergaul,ceria je sokmo.Walaupun aku tak pernah sekelas dengan arwah,kami pernah bekerjasama ketika pertandingan sketsa tahun 2009.Masa tuh arwah memang seorang yang ringan tulang,tolong kami mencari idea dan membantu mengangkat barang.

Kehilangan arwah memang dirasai semua orang terutama geng-geng arwah.Doa aku agar arwah tenang di sana dan ditempatkan bersama orang yang soleh.Amin....
Harapan aku juga agar aku dan kawan-kawan yang lain dapat menerima ketentuan ini.Yang hidup pasti kembali,cuma waktu sahaja yang membezakannya.jangan terlalu mengikut emosi,biarlah arwah tenang di sana.Maafkan segala kesalahan arwah jika ada,halalkan segalanya untuk arwah dan sama-samalah sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.

Belasungkawa (Mohd Fakhrul b Mohd Husin_15/3/1992-13/3/2011)