Sabtu, 26 Mac 2011

JeRit kUat-kuAt

السلام عليكم

-
-
-
-
-
-
-
-
-




jeritlah kuat-kuat jika anda terasa ingin menjerit
tapi jangan sampai tercabut anak tekak sudah.
terima kasih sudi mengeja.Assalamualaikum


kau Kurang Pandai,tapi OtakMu Tak boLeh Pakai

السلام عليكم


ok..untuk kali ini kita layan video pula.Jangan segan,jangan malu tekan je butang start.Nanti korang tahu la apa maksud tajuk entri aku.


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Ok?dah tengok.Tak ada maksud untuk tuju kepada siapa-siapa,tapi just relax minda sempena bulan asigmnet ni je.Terima kasih sudi mengeja.Assalamualaikum.

Jumaat, 25 Mac 2011

Surat Untuk AweK KBMALL

السلام عليكم

sekarang dalam FB tengh heboh pasal video remaja nak terjun bangunan.Remaja perempuan pulak tuh.Saya ada surat untuk awak,awek KBMALL.Harap-harap awak ada terbaca.

Salam.Awak ni buat malu kaum hawa betul la.Perlu ke awak pilih KBMALL?KBMALL ada 3 tingkat je.Apa class?Tak ada bangunan lagi tinggi ke?Kat Billion kan tinggi.Berpuluh-puluh tingkat.Jalan kaki dari KBMALL dalam setengah jam pun sampai.Dah la jalan kat KBMALL tuh jam,bertambah la jam sebab awak buat shoot kat situ.Yang awak pergi situ kenapa?Kalau awak nak tahu,jalan kat depan Billion lagi banyak kereta lalu-lalang.Kalau terjun dari situ terus jatuh ke jalan raya.Lagi senang nak mati.Kenapa tak fikir cam tuh?Lagi satu kenapa awak bawak pisau je?Bawak la parang,senang nak libas masa bomba nak pegang dan selamatkan awak.Sebelum nak bunuh diri,pakai la baju sopan-sopan.Kalau jatuh,tak ada la yang terselak sana-sini.Mujur awak selamat,kalau mati macam mana awak nak jawab dengan ALLAH.Jadi,ambil la peluang hidup ni untuk awak bertaubat.Masih ada yang sayang kat awak.Allah masih sayang kat awak,kalau tak Allah takkan gerakkan hati awak untuk ke KBMALL.Kalau hati awak tak tergerak nak ke KBMALL,mesti awak bunuh diri kat tempat yang tak ada orang ramai.Contohnya kalau la awak bunuh diri dalam bilik,lagi la tak ada orang tahu.Bomba pun sayangkan awak.Kalau tak,mesti bomba-bomba biarkan awak terjun je.Mereka mungkin ada banyak keje lagi nak buat.Orang awam pun sayang kat awak.Kalau tak,mereka tak rakam masa kejadian tuh berlaku.Mereka datang nak bershopping,bukan nak tengok awak mahu terjun.Tapi mereka masih meluangkan masa untuk melihat awak dan mereka rakam supaya awak boleh jadi popular.Tengok,saya pun sayang kat awak jugak.Kalau tak,saya tak kan tulis post ni untuk awak.Awak,masa yang ada ni bertaubatlah selagi pintu taubat masih masa terbuka.Jangan malu untuk berubah.Tapi,saya tak tahu awak ni Islam ke tak.Kalau awak islam,berubah ye.Tak mustahil awak akan jadi wanita solehah.Insya Allah.

Khamis, 24 Mac 2011

Faham?


zipkan mulut,jangan buka kalau tak pandai guna.Faham?

Rabu, 23 Mac 2011

WataNiah

السلام عليكم

semua sudah tahu yang hari ini pelajar SPM 2010 mengambil slip keputusan masing-masing.Tak terkeculi sekolah aku.SMKA WATANIAH.Wataniah?Sekolah askar ke?Hahahaha.Aku boleh ketawa je kalau ada orang tanya cam tu.Nampaknya sekolah aku ni belum femes.Ok,aku mengaku sekolah aku tak femes jadi meh sini aku femeskan.Kalau nak tahu sejarah macam mana nama WATANIAH ni dapat,try tekan link ni.Kalau nak cerita terlalu panjang,jadi baca sendiri la.Sebelum tu,meh tengok persekitaran sekolah aku.

Gambar SMKA Wataniah
Dewan Besar Abdul Latif

p6190050.jpg
 taman kaktus

Rindu kat bilik kaunseling ni.

Ummi Pengetua

untuk pengetahuan,pencapaian SPM tahun ni meningkat.Tahun ni mendadak naik.Sampai aku naik pelik.Yang 12 tu sebab ambil mata pelajaran tambahan.Kalau ikutkan,7orang yang strgt.

12A : 1 orang

11A : 6 orang
10A : 4 orang
9A   : 1 orang
8A   : 8 orang
7A   : 5 orang
6A   : 25 orang
5A   : 25 orang
4A   : 29 orang
3A   : 23 orang
2A   : 8 orang
1A   : tiada

Kalau nak banding,aku tak dapat banding dengan betul sebab aku tak ingat bilangan yang dapat A tahun lepas.Cuma yang aku boleh bangga ialah,tahun ni semua calon mendapat A.Paling rendah pun 2A je.Tak ada yang dapat 1 or tak dapat langsung.Memang berjaya la misi sekolah iaitu SMKAWA TERSOHOR 2010.Tahniah dan terima kasih kepada semua cikgu-cikgu SMKAWA yang telah banyak berkorban.Tahniah juga kepada semua calon SPM 2010 dan selamat menyambung pelajaran ke lebih tinggi.Kalau yang mintak IPG,untung-untang dapat kat Melaka,boleh la kita balik sekali ye.Terima kasih kerana mengeja.Assalamualaikum.

PeLik



Pelik dengan perangai manusia yang pelik.

Selasa, 22 Mac 2011

AKU BENCI ROKOK

السلام عليكم

Ok,kali ni aku nak join segmen dari BEN ASHAARI..Kalau ada yang nak join,tekan je link dia.Jom Mulakan.




image


http://www.benashaari.com/2011/03/segmen-aku-benci-rokok.html


Sila nyatakan KENAPA ANDA BENCI ROKOK ? Mesti lebih dari 100 patah perkataan ..


Aku sangat benci dengan rokok sebab bau rokok buat aku jadi loya.Kalau aku terhidu sikit je bau rokok ni,kepala aku dah pening.Rasa macam nak meletup je lubang hidung ni sebab bau dia sangat busuk.Bila dah kepala pening dan hidung tersumbat,aku rasa macam mata nak terkeluar dan rasa nak termuntah sehingga aku rasa nak marah kat sekeliling.Ni la yang buat aku sangat benci kat rokok.Menyusahkan aku untuk menghirup udara nikmat Allah.Aku terpaksa bertahan dengan keadaan yang merimaskan itu dalam jangka masa yang lama sehingga aktiviti aku terpaksa dihentikan.Sebagai contoh jika aku berjalan-jalan ke bandar dan terhidu bau rokok yang sangat kuat,aku terpaksa berhenti berjalan dan duduk di mana-mana bangku untuk menstabilkan diri supaya tidak muntah.Keadaan aku akan jadi lebih teruk sekiranya tiada bekalan air mineral dalam simpanan.Secara kesimpulanya,rokok menyebabkan aku sangat tidak selesa menjalani kehidupan harian.


Pesanan buat mereka yang merokok dan bakal merokok !

Kepada yang sedang merokok,aku nak pesan jangan la nak bazirkan duit semata-mata nak hisap rokok.Tak ada gunanya.Kepada lelaki yang merokok,jangan ingat perempuan suka kat lelaki yang merokok.Kalau ada perempuan yang suka pun,aku rasa diorang tu just nak ambik hati korang je.OK?Kepada perempuan yang merokok,jangan perasaan bagus la bila korang pandai merokok.Orang lelaki paling benci kat peerempuan yang merokok.Jangan malukan kaum Hawa kerana sebatang rokok yang sebesar jari telunjuk.Ok?Kepada yang bakal merokok,jangan dok meniru orang la.Banyak benda lagi yang boleh korang nak tiru.Jangan tempah jalan maut!!!

Pendapat anda mengenai mereka yang merokok ini...

Emm.sebenarnya mereka yang merokok ni hanya nak tunjuk hebat je.Bila dah merokok memang payah nak berhenti sekiranya tiada kesungguhan yang tinggi.Kalau ditanya dan dijalankan kajian,punca mereka merokok kerana perasaan ingin mencuba dan kerana dicabar.Orang lelaki memang pantang dicabar,jadi ini meningkatkan peratus perokok.Tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa wanita yang merokok lebih tinggi daripada bilangan perokok lelaki.Punca mereka merokok kerana perasaan ingin mencuba.Situasi ini sangat membimbangkan.

ok,terima kasih kerana mengeja.Assalamualaikum.

Isnin, 21 Mac 2011

KuCing Pun Tahu

 
Si Putih: Eh,ada awek cun la..tak boleh dekat,tengok dari jauh jadi la.


Si Tudung Merah:Kenapa la Si Putih tu dok tengok aku je?Tahu la tudung aku lawa.


Si Oren: Tak boleh jadi ni,nampaknya Si Putih nak mengayat Si Tudung Merah.Aku kena bersenam ni.Kasi otot-otot naik,baru Si Tudung Merah terpikat.




Si Hitam: Si Oren,kau jangan perasan la.Si Tudung Merah hak aku la.


Si Oren: Untuk menentukan Si Tudung Merah siapa yang punya,meh kita beradu tenaga.Wacaaaaaaaaaaa!!


Si Belang:Alamak,Si Oren dan Si Hitam bergaduh la.Baik aku dok menyorok bawah meja ni.Nanti tak pasal-pasal aku kena panggil jadi pengadil.


Si Kelabu:Eleh kau ni Si Belang!!.Tu pun takut.Tengok ak ni,biasa je.Best apa tengok kucing bergaduh.


Si Kembar Tiga:Ada kucing gaduh la,meh kita join.Walaupun kita kecik,tapi kuat je.Apa yang penting,kerjasama.


Wonder Pets:kami sangat bangga,trenmak kami diguna pakai.La la la la la la.


Si : Sabar-sabar Si kembar Tiga,jangan masuk campur urusan diorang.pandai-pandai la diorang setelkan sendiri.


Si Hitam:Ampun Si Oren.Aku mintak maaf,jangan cakar aku.Plez...


Si Oren:Lain kali jangan dok menyampuk je.Suka hati la aku nak buat apa.Ada kaitan dengan datuk nenek monyet atas pokok belakang rumah kau ke?



Si Hitam:Belakang rumah aku tak ada monyet,ada kera je.Tapi,aku janji tak nak buat lagi.
Si Oren:Meh ikut aku dulu sebelum aku maafkan kau.
Si Hitam:Pergi mana?


Si Oren: Urutkan aku sikit,urat aku terseliuh la masa bersenam  tadi.
Si Hitam: Ok ok.(padam muka,eksyen je lebih)


Si Coklat: Emm,tenang aku tengok diorang cam tuh.

Terima kasih kerana mengeja.Assalamualaikum.

Perlu Ke Kesah?

السلام عليكم

Manusia dilahirkan tak sama.Kalau dilahirkan tak sama,secara automatiknya muka pun tak sama,apatah lagi perangai dan hati budi.Jadi,bila kita terjumpa dengan si perangai yang buat kita tak berkenan,boleh duduk diam tak?Suka hati dia la nak perangai macam tu asalkan dia tak ganggu kehidupan kita.


Bukan senang nak puaskan hati semua pihak.Bila ada di antara kita yang perasaan bagus,dia akan merasakan apa yang dilakukan semua hebat.Apa yang dia cakap semua fakta.Apa yang dia rasa semua betul.

Sabda Rasulullah S.A.W daripada Abu Hurairah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada badanmu, rupamu, tetapi langsung melihat kepada hati dan perbuatanmu.
(Hadis riwayat Muslim)

Jadi,kalau kita tak puas hati dengan kejayaan,jawatan,pergaulan dan kelebihan kawan kita,jangan duduk buat cerita yang bukan-bukan sehingga menjatuhkan maruah dia.Kasihani la dia.Ingat,jika kita buka keaiban orang,Allah akan membuka keaiban kita dengan lebih dasyat.
Jangan ingat bila kita buat sesuatu tidak akan dibalas.Ingat firman Allah yang bermaksud: “Di dalam hati mereka ada beberapa penyakit, lalu Allah menambah penyakit itu, dan untuk mereka itu azab yang pedih kerana mereka telah berdusta.”(Surah al-Baqarah ayat 10)

Aku bukan nak tunjuk ustazah ke apa.Tapi bila dah melanggar hak asasi manusia apatah lagi hak seorang muslim takkan la nak duduk diam.Ingat ini blog.Dalam blog ni kita boleh menulis apa sahaja,share apa sahaja,menceritakan hal peribadi kita asalkan tidak menjatuhkan nama negara dan membabitkan hal politik.Jadi,blog kita suka hati kita la nak tulis apa.

Aku sekadar mahu ingatkan diri sendiri dan juga korang semua.kalau ada yang terasa mintak maaf.Kita orang islam,hidup biarlah berlandaskan islam dan jangan mencampuri hak seorang islam.Terima kasih kerana mengeja.Assalamualaikum.




Ahad, 20 Mac 2011

no KomeN

السلام عليكم

Alhamdulillah,aku dah selamat sampai kat kolej kediaman.Semalam bas bertolak lewat,jadi sampai pun lewat jugak la kat Melaka.Seminggu cuti memang tak cukup nak qada' tidur.Hehehe.

Masa dalam perjalanan,pemandu bas dan pembantunya asyik duduk bercakap je sampai la dalam pukul 12 malam baru tak dengar suara diorang.Tapi apa yang mereka bualkan betul,tak ada omongan kosong.

Mula-mula duduk cakap pasal politik.Kebetulan malam tu ada ceramah parti kat bandar Jertih.Jalan memang sesak sampai polis terpaksa mengawal lalu lintas.Pembantu bas tuh membandingkan keadaan politik XXX dengan politik XXXX.Mula-mula dengar memang merimaskan,tapi bila dengar betul-betul rasa syok la pulak.

kat belakang masjid ni ceramah diadakan


Kemudian beralih dengan isu anak muda sekarang.Peranan ibubapa dalam mendidik anak-anak remaja.Emm...kali ni aku geram nak menyampuk tapi sabar je.Kadang-kadang apa yang orang tua cakap ada benarnya,tapi tak semua yang betul.

Ok,aku nak sambung buat asigmnt.Berlambak-lambak lagi yang belum buat.Doakan aku agar diberi kerajinan untuk menyiapkannya.Terima kasih kerana mengeja.Assalamualaikum.