Khamis, 7 April 2011

SeNyum SikiT

السلام عليكم

Senyum.Iya.Senyum.Apa itu senyum?Senyum itu ialah satu keadaan yang mana,bibir kita menjadi lebar,pipi kita jadi kembang(bulat) dan secara automatik mata akan menjadi bersinar-sinar.Kalau tak caya,tengok gambar kat bawah




ha,tengok.Semua mata bersinar-sinar,bibir lebar dan pipi kembang.Kalau nak tengok yang lagi kembang pipinya tengok yang ini. 

















heheheh..jangan terkejut.

Ok,secara kesimpulannya,senyum la.Dengan senyum semua masalah akan rasa tidak terbeban.Dengan senyum dapat meredakan kemarahan.Dengan senyum membuatkan orang lebih sayang kat kita.Tapi jangan senyum macam ni








Nanti tak pasal kena kejar kat orang.Ok.senyum.Terima kasih mengeja.Assalamualaikum.

Selasa, 5 April 2011

Nak Pantun Sikit La

Tutup aurat satu tuntutan,
Sokongan keluarga jadi kewajipan,
 Kalau terpaksa gunakan rotan,
Demi melaksana perintah Tuhan

Kalau wanita menutup aurat,
 Orang jahat takut mengurat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Manusia memandang boleh taubat.

Berbaju kurung bukan mengurung,
 Cantik dan manis kalau direnung.
Sepasang kaki eloklah bersarung,
 Panahan syaitan payah bertarung.

Pakaian moden memanglah hebat,
 Berkain singkat berbaju sendat,
Pemuda memandang kerap terpikat,
 Mudah tersasar ke jalan singkat.

 Berlengan pendek tanpa kerudung,
Berseluar ketat bagai dikarung,
 Umpama tapai lalat kerabung,
Takkan dibeli walau dilelong.

Apa tujuan menayang jambul,
 Kecantikan tak perlu ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisul,
 Naikkan martabat Islam terunggul.

 Seloka ku tidak berniat jahat,
Cuma sekadar ingat-mengingat,
 Kepada semua para sahabat,
Sama-sama kita berpakat.

Mari rakan muhasabah diri,
 Benda yang baik tak payah diuji,
Sama-sama janji dibukti,
 Agar terserlah aklak terpuji.

 Tidakkah takut siksaan Tuhan,
Sudahkah kita tanamkan iman,
 Menutup aurat  seluruh badan,
Moga terpelihara ke akhir zaman.

Isnin, 4 April 2011

CiKgu JaHaT

السلام عليكم

Cikgu jahat.Cikgu ikat anak murid cikgu sendiri ,dan sepak,lalu mengoncang budak itu.Budak tu belum mengerti dosa pahala.Masih berumur 7tahun.Belum sampai tahap capai umar.Masih mentah,belum puas hidup di dunia ni.Kenapa cikgu jahat sangat?Kenapa cikgu?

Memang cikgu darah muda,tapi budak itu juga masih muda.Dia anak yatim cikgu,dia dah tak ada ibu.Malah duduk dengan keluarga angkat je cikgu.last jumpa dengan ayah dia pun setahun yang lalu je.Kenapa nyawa dia mati di tangan cikgu?Cikgu ni manusia ke apa?

Sedih hati saya baca surat khabar hari ini.Bila bukak iluvislam lagi luluh hati saya.Cikgu telah mencemarkan maruah seorang GURU.Kalau cikgu nak tahu,macam ni la keadaan muka saya bila dapat tahu hal ini.


Semoga apa yang cikgu buat akan dapat balasan dari Allah.
Terima kasih sudi mengeja,Assalamualaikum.

Ahad, 3 April 2011

aNda Nak MasuK Kristian?

السلام عليكم

Sihat?ke dah ada yang terkena heart attack sebab baca tajuk entri.Relex-relex.Jangan panik,aku still kuat imam lagi dan insya-allah akan selamanya tetap imam.Memang tajuk entri kali ini sangat terlampau tapi lagi terlampau apabila agama kita diperlecehkan dan diperlekahkan oleh orang kristian.

Tadi aku out,dalam kereta pak cik tanya aku.

Pakcik:Cikgu,pakcik nak tanya ni.Tapi jangan marah tau.

Aku:Kenapa pak cik?

Pakcik:Cikgu pernah naik dengan Uncle X dan dia tanya apa-apa yang berkaitan dengan agama Islam?

Aku:emm,xde pulak setakat ni.Kenapa?

Pakcik:Semalam ada seorang cikgu mengadu kat pakcik.Uncle X tanya kenapa islam benarkan orang lelaki kahwin 4.Sedangkan kristian boleh kahwin satu je.Lepas tuh pakcik tanya cikgu tu jawab apa.Dia jawab kalau lelaki tuh mampu dan sikap adil boleh la kahwin empat.

Lepas tu pakcik ada cakap yang pasal Uncle X tu bandingkan Quran dengan kitab Bible.Aku tak ingat macam mana pakcik tu cerita sebab time tuh aku dok menaip mesej.Lepas tu pakcik tuh sambung plak.

Pakcik:Pakcik boleh nasihat macam ni je cikgu.Kalau hari cuti cikgu jangan naik dengan Uncle X dengan Uncle Z.Call la pakcik yang lain.

Aku:Kenapa plak pakcik?

Pakcik:Kalau cikgu nak tahu,duit tambang yang cikgu bayar tuh,diorang letak dalam tabung agama mereka.Kan setiap hari Ahad mereka akan sembahyang kat gereja.Duit tu mereka masuk dalam tabung tuh.Cikgu sanggup ke?

Aku hanya diam je.Terkejut.Tak tahu nak kata apa.tak sangka macam tuh.

Pakcik:Cikgu,kalau cikgu tahu apa maksud halal haram,Insya Allah cikgu boleh jawab apa sahaja soalan yang berkaitan dengan agama Islam.


Korang boleh bayang tak kalau la suatu hari nanti ketika korang sedang jalan-jalan kat bandar,datang seorang ketua paderi tanya berkenaan dengan Islam.Agak-agaknya korang boleh kasi jawapan dengan hujah hadis dan ayat Al-Quran sekali tak?Kalau tak boleh kasi hujah pun,dapat mendiamkan paderi tuh pun jadi la.Agak-agaknya boleh tak?

Kalau la korang boleh jawab semua soalan,pastikan korang plak tanya satu soalan sahaja.Iaitu APA KUNCI MENUJU KE SYURGA.Kalau korang sendiri tak tahu jawapanya memang senang untuk membawa korang ke agama Kristian.Minta maaf kalau ada yang terasa.Terima kasih sudi mengeja.Assalamualaikum.





MeReKa HanYa BurUnG

السلام عليكم

Entri kali ni aku nak share sebuah kisah burung.

Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis.


Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.







Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang.


Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya.


Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..


Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya....
Hidup menjadi sepi...


Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluk-Nya..Manusia bagaimana?


Pastinya burung yg ditinggalkan pasangan ... hidup menjadi sepi...kita manusia......?


Semua cerita dan gambar di atas aku ambik dari satu sumber yang perlu dirahsiakan.Terpulang mahu percaya ke tak,itu hak sendiri.Tapi pesanan aku,berbuat baik lah kepada semua,nescaya orang lain akan berbuat baik kepada kita.Terima kasih sudi mengeja.Assalamualaikum.