Khamis, 17 Mac 2011

SetiaP MaLam JumAat,Hari KhaMis dan Musim Cuti

السلام عليكم

kalau setiap malam jumaat,hari khamis dan musim cuti mesti aku tension.......


malam ni la kutu-kutu rayau dok merempit tengah jalan.Rumah aku ni betul-betul tepi jalan raya besar on the way nk ke Kelantan.Tambah-tambah jalan lurus dan ada dua jalan setiap arah.Jadi,kami sekeluarga dihidangkan dengan bingitan yang sangat bingit.Punya la syok mat rempit tu berlumba.Rasa macam nak pergi ketuk kepala diaorang je.


Macam ni la keadaan kawasan tempat aku bila malam jumaat,hari khamis dan musim cuti.Pada waktu ini anak-anak remaja cuti sekolah,jadi waku ni la masa yang sesuai untuk mereka melepaskan 'tension'.Yang jadi mangsa ialah penduduk kampung aku jugak.Yang terpaksa menadah telinga dengar bunyi motor yang bingit penduduk kampung aku jugak.Aku sendiri tak tahu apa yang seronoknya berlumba.

Bukan niat aku nak burukkan nama kampung,tapi sebenarnya rata-rata yang datang berlumba ni bukan anak kampung aku yang jati.Mereka ni datang dari pelusuk kampung.Malah kampung kat negeri kelantan pun ada yang datang join.Sebab apa?Sebab jalan kampung aku ni port yang paling sesuai diorang nak berlumba.Kalau ada polis yang kejar,banyak jalan pintas yang boleh dilalui.Jadi,kesimpulannya kampung aku ni tersangat sesuai nak dijadikan tempat berlumba.yang dapat nama pun kampung aku jugak.

Kebiasaanya mereka akan mula berlumba dari pukul 9.30malam sampai la pukul 11.00 lebih.Paling awal habis pun pukul 10.30 mereka akan berhenti.Kadang-kadang kalau ada kawan aku yang call,diorang akan tanya. "duduk kat litar lumba motor ke?"
Korang faham makna soalan tu?Itu maknanya kawan aku pun dapat dengar bunyi motor seolah-olah aku ada di tempat kejadian padahal aku duduk dalam bilik yang jaraknya 200meter dari jalan raya.

Kalau mood diorang baik,diorang akan berhenti pukul 12.00 lebih.Time tu aku dah mula mengantuk,tapi nak tidur pun tak dapat.Tak pasal-pasal aku dapat dengar muzik enjin motor yang 'mendayu-dayu'.


wokeh la.terima kasih sudi mengeja.Assalamualaikum.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan