Selasa, 15 Mac 2011

YoYo

السلام عليكم
Yoyo.Sape sini ingat lagi kt yoyo?Masa aku darjah 5,permainan yoyo ni menjadi kegilaan remaja,malah aku pun tergila-gila jugak kat yoyo ni.Kalau pergi sekolah ofkos akan bawak dan main time rehat.masa tu kami sama-sama tunjuk kehebatan dan bertanding olok-olok.Yoyo sapa yang bertahan bergerak tanpa henti dikira menang.Kebiasaannya aku akan kalah.Time cuti pula,sepupu-sepupu aku akan tunjuk kehebatan main yoyo.Sepupu yang kecik-kecik pula akan berbalah nak main jugak walaupun diorang tak reti main sangat.Begitu la hebatnya penangan yoyo ni sampaikan pelusuk negara meminati permainan ini.



Aku tak pasti sangat macam mana yoyo ni mula diminati oleh remaja masa tu.Masa frist aku tengok yoyo ni bila abang aku dok ekzen main depan aku.Mula-mula buat muka poyo dulu,bila lama-lama terminat la plak nak pegang benda tu.Frist aku jatuhkan tali yoyo tu rasa macam aku pecahkan pasu je.Hahahaha.Ada ke orang yang perasaan macam aku tuh.Lawak sih..tak lama kemudian tuh,aku ada tertengok kat NTV 7 yang menyiarkan pertandingan remaja bermain yoyo.Pelbagai aksi action yang diorang buat sampai mulut hidung aku terngaga melihatnya.

Kalau aku pergi bandar pula,aku dapat tengok deretan anak-anak remaja dok main yoyo tepi jalan.Malah ada yang main kat lorong-lorong bangunan.Yang main kat stesan bas ngn teksi tak payah cerita la.Berlambak-lambak.Jadi aku dapat tengok persembahan tanpa kena cas pun.Begitu hebatnya penangan yoyo!!



Sekarang aku tengok dah tak ada yang main yoyo ni.Tak ada anak muda yag duduk tepi jalan mengalunkan yoyo.Tak ada lagi rancangan televisyen yang menyiarkan pertandingan yoyo.Sudah tak ada lagi.Permainan yoyo ini sebenarnya baik untuk latihan otak.Apabila kita mengawal pergerakan tali yoyo sebenarnya kita tengah melatih dan mengerakkan otak kita.Ketika bermain otak kanan berfungsi kerana ketika itu  pemain sedang mengawal emosinya supaya tidak menjejaskan pergerakan tali yoyo.Kalau tak caya,try la.Main yoyo ketika tengah tension,adakah yoyo tu dapat berputar dalam jangka masa yang lama.

Ok,cukup ni je pada kali ini.Kat bawah ni aku tinggalkan video pasal yoyo.Tekan jangan tak tekan.



TERIMA KASIH,DATANG LAGI




Tiada ulasan:

Catat Ulasan