Rabu, 18 Mei 2011

KaDang-Kadang

السلام عليكم


Betul kata orang.Kita tak boleh terlalu gembira,nanti kita akan sedih.Tapi boleh bahagia ke kalau rasa sedih ada dalam hidup?Boleh tak kalau rasa sedih tuh tak ada dalam dunia.Aku tak sanggup nak hadapinya.Berat rasanya.

Sedap-sedap aku sedang bergembira,tiba-tiba rasa sedih menerpa.Sabar la wahai hati,mesti ada hikmah di sebalik rasa sedih ni..

Ahad, 15 Mei 2011

SeLamat Hari GuRu

السلام عليكم

Dah lama tak update entri.Kesibukan macam-macam tugas buat aku lupa yang aku ada blog.Kesian blog ni.Kalau la dia boleh bertukar jadi manusia,dah lama menjerit-jerit lalu berguling-gling minta diupdatekan.BUkan sengaja,tapi memang sibuk.Frist seminggu aku dok kat langkawi sebb ada krusus BTN,lepas tuh seminggu sibuk dengan sukan IPG.Aku kena uruskan pembarisan.then sibuk dengn urusan penggambaran unit kelas untuk dimuatkan ke dalam majalah IPG.Sekarang ni kalau dikira tetap sibuk sebab ari isnin ni dah exam.Frist paper BI.Mata pelajaran yang paling lemah dah melemahkan semangat aku untuk belajar(KENYATAAN TAK BOLEH BLAHH)Kesian Madam Barloo kalau dia tahu.

Emmm,cakap pasal madam,tak lama lagi madam akan bersara.Bersara dari dunia pendidikan.Majlis akan diadakan pada 27Mei bersama sambutan hari guru.Haaa!!!!Hari Guru.

Tiba-tiba aku dapat idea la nak tulis apa.Ahahahahahhhaaa..HARI GURU.Iya,HARI GURU.Emmm...sekarang aku dalam persediaan untuk menjadi guru.Masih ada empat tahun setengah lagi untuk menjadi seorang guru.Insya Allah.Sebelum ini tak pernah aku terfikir nak jadi guru apatah lagi nak jadi cikgu(bukan sama ke?).Teringat kisah aku dengan cikgu-cikgu dulu.Baik dari tadika hingga ke sekolah menengah.Masih aku ingat.Ok,meh aku mulakan dari kisah aku dengan cikgu masa aku tadika.


*********************************************************************

TADIKA
Masa tadika,aku pernah kena marah kat cikgu sebab aku main kucing time latihan menari.Tapi,bukan salah aku,kucing tuh mari dok gesel-gesel kat kaki aku.Aku pun belai-belai la dia sebab nak tunjuk baik.Heheheh..Aku lupa nama cikgu tu apa,tapi xpe aku kasi nama cikgu Wan je la.Cikgu Wan ni memang tegas.Dia beri pilihan,kalau aku nak main dengan kucing tu tak payah masuk tarian.Kalau nak masuk tarian jangan main dengan kucing.Disebabkan aku ni poyo je lebih,aku pilih kucing.Jadi secara automatiknya aku dikeluarkan dalam tarian tuh.Kucing punya pasal.Itu kenangan aku masa tadika.Terima kasih cikgu kerana menyedarkan saya agar tidak main masa belajar.





SEKOLAH RENDAH
Masa sekolah rendah,banyak kenangan yang aku ingat.Tapi aku just boleh kongsi satu je la peristiwa yang sampai sekarang aku ingat.Time tu aku darjah 2 dan sekolah waktu petang.Masa ini waktu Pendidikan Agama Islam(PAI) dan diajar oleh Ustaz Yusof(Bukan nama sebenar sebab aku tak ingat).Ustaz bawa budak-budak kelas aku ke surau sebab nak ajar solat sunat.Punya la akal jahat,aku dengan member dua orang pakat nak cabut lari guna tingkap sebab ustaz kunci pintu guna selak atas.Kitorang time tu pendek-pendek lagi.Masih belum cukup tinggi nak bukak selak.Yang paling tak boleh blah aku sorang je perempuan.Lagi dua member tu laki.Dengan susah payah dan berkain sekolah,aku panjat dan terjun dengan bantuan member aku lagi.Kitorang menyorak kat atas pokok.hehehe.Entah hantu mana yang sampuk aku sampai boleh bertindak cam tuh.Akibatnya,perbuatan kami terkantoi,ustaz dapat tangkap  dan bawa ke surau balik.Ustaz denda kami dengan sembahyang kat depan maember-member lain.Punya la malu.Tapi itu pengajaran bagi aku.Terima kasih ustaz sebab sedarkan saya agar tak ponteng solat sunat lagi.


Ni salah satu blok kelas kt sklh rendah aku dulu

SEKOLAH MENENGAH
Masa sekolah menengah pun banyak kenangan aku dengan cikgu-cikgu.Aku memang nakal kat sekolah.Buat hal macam-macam sampai kena kaunseling.Dalam mata pelajaran,di samping lemah bahasa arab,aku juga lemah dalam matematik.Entah kenapa.Masa f1 sampai f3 aku tak pernah dapat C.Sehingga trial PMR,aku masih dapat E.Aku satu-satunya pelajar kat kelas  3Muslim  yang dapat E .Heboh dalam bilik guru sebab aku dapat E dalam trial.Time tu aku belum sedar dan belum nak berubah.Satu hari ku ke bilik guru@jumpa warden sebab nak bayar duit yuran asrama.Time tu aku kasi RM 40 dan jumlah yuran tuh RM31.Warden tuh merangkap guru matematik(cikgu ni tak ajar aku pun dalam kelas).Nama cikgu tu aku rahsiakan la.Aku hulurkan duit RM40 tuh.lepas tuh dia tanya berapa baki  yang kena dia kasi kat aku.Time tuh aku tengah blur,cikgu tuh pun kata"Aish,nak PMR beberapa bulan lagi pun dok leh kira 40-31?Teruk sangat!!"


Korang bayangkan lah,betapa malunya aku time tuh.Cikgu-cikgu yang lain dengar pe yang cikgu mth tu kata.Bukan aku dok leh nak kira,cuma terkejut sebab tibe-tibe tanya baki berapa padhal cikgu tuh cikgu math.Bila fikir-fikir balik,tak de guna aku nak marah atau malu.Memang silap aku sebab aku dok ambik kisah sangat pasal keptusan mth.Strt ari tuh aku belajar.Aku mintk akak senior ajr.Aku mintk mamber2 ajr aku.Alhamdulillah,dengan usaha 2 bulan je aku dapat A dalam PMR.Terima kasih cikgu kerana sedarkan saya.


lebih kurang cm ni la muka aku time kena perli


*****************************************************************

Esok hari Isnin dan eosk Hari Guru dan juga hari aku exam.Frist paper BI.Harap-harap boleh la jawab.Kalau tak dapat B dapat A pun dah xpe.Heheheheh..Kesempatan ini,aku nak mintak maaf kalau aku ada buat salah ke,buat silap ke,buat tak betul ke sampai ada yang terasa.Doakan aku agar boleh aku jawab exam nanti.

Aku juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada cikgu-cikgu di SK Padang Luas,Sk Pusat Jerteh,SMKA Wataniah,SMKA Nurul Ittifaq' dan pensyarah di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.Tak lupa rakan-rakan seperjuangan,PPISMP Pendidikan Seni Visula dan juga semua rakan guru pelatih IPG KPM.Tidak ketinggalan kepada semua guru pelatih seluruh IPG yang kenal dan tak kenal diri ini.

Ahad, 17 April 2011

YoReYYY!!!!

السلام عليكم

Alhamdulillah,setelah seminggu tak bukak FB,tak post entri,akhirnya dapat jugak aku luahkan kerinduan.Aku ada cerita nak share ni.Tapi peringatan,cerita ni sedikit mengatal.



Dulu aku ada kenal dengan Encik BB.Aku kenal tahun lepas dalam bulan 7.Tapi,aku dah putus dengan Encik BB.Bayangkanlah,aku terpaksa habiskan RM50 sebulan semata-mata nak bersama dengan Encik BB.Masa mula-mula kenal,aku dah habiskan RM 100.Kalau dihitungkan,aku dah habiskan lebih kurang RM550 kerana Encik BB.Dari aku terpaksa habiskan duit,baik aku tinggalkan dia.Aku tinggalkan Encik BB setelah Encik S muncul.Lagipun aku rasa Encik S boleh temankan aku,jadi aku tak perlukan lagi Encik BB.Tapi dua tiga hari ini,Encik S telah tinggalkan aku.Dia dah tak nak berhubung dengan aku.Aku sayang Encik S sebab aku tak perlu habiskan duit dengan dia.Jadi,aku cari pengganti baru,setelah cari-cari,akhirnya aku jumpa dengan Encik K.Sampai sekarang aku bersama dengan Encik K...ehhehehe

Emm..sebenarnya watak dalam Encik BB.Encik S dan Encik K adalah wujud,tetapi dia bukan manusia..dia ialah



Ini Encik BB



Ini Encik S



Ini la Encik Kabel yang aku sayang.Heheheh

cerita ni tak der kena-mengena dengan sesiapa.tapi ini kisah benar.Encik Kabel telah membantu aku sekarang.Kalau aku nak gune,aku cocok dan secara auto,Encik K akan berfungsi kat Lappy aku.Jadi,walaupun aku tinggalkan Encik BB dan Encik S tinggalkan aku,aku masih ada Encik K.Encik K ni baik,aku tak perlu habiskan duit untuk dia dan aku pasti dia akan bersama degan aku sampai ke tua..hahahahah.Ok,terima kasih sudi mengeja.Assalamualaikum.









Khamis, 7 April 2011

SeNyum SikiT

السلام عليكم

Senyum.Iya.Senyum.Apa itu senyum?Senyum itu ialah satu keadaan yang mana,bibir kita menjadi lebar,pipi kita jadi kembang(bulat) dan secara automatik mata akan menjadi bersinar-sinar.Kalau tak caya,tengok gambar kat bawah




ha,tengok.Semua mata bersinar-sinar,bibir lebar dan pipi kembang.Kalau nak tengok yang lagi kembang pipinya tengok yang ini. 

















heheheh..jangan terkejut.

Ok,secara kesimpulannya,senyum la.Dengan senyum semua masalah akan rasa tidak terbeban.Dengan senyum dapat meredakan kemarahan.Dengan senyum membuatkan orang lebih sayang kat kita.Tapi jangan senyum macam ni








Nanti tak pasal kena kejar kat orang.Ok.senyum.Terima kasih mengeja.Assalamualaikum.

Selasa, 5 April 2011

Nak Pantun Sikit La

Tutup aurat satu tuntutan,
Sokongan keluarga jadi kewajipan,
 Kalau terpaksa gunakan rotan,
Demi melaksana perintah Tuhan

Kalau wanita menutup aurat,
 Orang jahat takut mengurat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Manusia memandang boleh taubat.

Berbaju kurung bukan mengurung,
 Cantik dan manis kalau direnung.
Sepasang kaki eloklah bersarung,
 Panahan syaitan payah bertarung.

Pakaian moden memanglah hebat,
 Berkain singkat berbaju sendat,
Pemuda memandang kerap terpikat,
 Mudah tersasar ke jalan singkat.

 Berlengan pendek tanpa kerudung,
Berseluar ketat bagai dikarung,
 Umpama tapai lalat kerabung,
Takkan dibeli walau dilelong.

Apa tujuan menayang jambul,
 Kecantikan tak perlu ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisul,
 Naikkan martabat Islam terunggul.

 Seloka ku tidak berniat jahat,
Cuma sekadar ingat-mengingat,
 Kepada semua para sahabat,
Sama-sama kita berpakat.

Mari rakan muhasabah diri,
 Benda yang baik tak payah diuji,
Sama-sama janji dibukti,
 Agar terserlah aklak terpuji.

 Tidakkah takut siksaan Tuhan,
Sudahkah kita tanamkan iman,
 Menutup aurat  seluruh badan,
Moga terpelihara ke akhir zaman.

Isnin, 4 April 2011

CiKgu JaHaT

السلام عليكم

Cikgu jahat.Cikgu ikat anak murid cikgu sendiri ,dan sepak,lalu mengoncang budak itu.Budak tu belum mengerti dosa pahala.Masih berumur 7tahun.Belum sampai tahap capai umar.Masih mentah,belum puas hidup di dunia ni.Kenapa cikgu jahat sangat?Kenapa cikgu?

Memang cikgu darah muda,tapi budak itu juga masih muda.Dia anak yatim cikgu,dia dah tak ada ibu.Malah duduk dengan keluarga angkat je cikgu.last jumpa dengan ayah dia pun setahun yang lalu je.Kenapa nyawa dia mati di tangan cikgu?Cikgu ni manusia ke apa?

Sedih hati saya baca surat khabar hari ini.Bila bukak iluvislam lagi luluh hati saya.Cikgu telah mencemarkan maruah seorang GURU.Kalau cikgu nak tahu,macam ni la keadaan muka saya bila dapat tahu hal ini.


Semoga apa yang cikgu buat akan dapat balasan dari Allah.
Terima kasih sudi mengeja,Assalamualaikum.

Ahad, 3 April 2011

aNda Nak MasuK Kristian?

السلام عليكم

Sihat?ke dah ada yang terkena heart attack sebab baca tajuk entri.Relex-relex.Jangan panik,aku still kuat imam lagi dan insya-allah akan selamanya tetap imam.Memang tajuk entri kali ini sangat terlampau tapi lagi terlampau apabila agama kita diperlecehkan dan diperlekahkan oleh orang kristian.

Tadi aku out,dalam kereta pak cik tanya aku.

Pakcik:Cikgu,pakcik nak tanya ni.Tapi jangan marah tau.

Aku:Kenapa pak cik?

Pakcik:Cikgu pernah naik dengan Uncle X dan dia tanya apa-apa yang berkaitan dengan agama Islam?

Aku:emm,xde pulak setakat ni.Kenapa?

Pakcik:Semalam ada seorang cikgu mengadu kat pakcik.Uncle X tanya kenapa islam benarkan orang lelaki kahwin 4.Sedangkan kristian boleh kahwin satu je.Lepas tuh pakcik tanya cikgu tu jawab apa.Dia jawab kalau lelaki tuh mampu dan sikap adil boleh la kahwin empat.

Lepas tu pakcik ada cakap yang pasal Uncle X tu bandingkan Quran dengan kitab Bible.Aku tak ingat macam mana pakcik tu cerita sebab time tuh aku dok menaip mesej.Lepas tu pakcik tuh sambung plak.

Pakcik:Pakcik boleh nasihat macam ni je cikgu.Kalau hari cuti cikgu jangan naik dengan Uncle X dengan Uncle Z.Call la pakcik yang lain.

Aku:Kenapa plak pakcik?

Pakcik:Kalau cikgu nak tahu,duit tambang yang cikgu bayar tuh,diorang letak dalam tabung agama mereka.Kan setiap hari Ahad mereka akan sembahyang kat gereja.Duit tu mereka masuk dalam tabung tuh.Cikgu sanggup ke?

Aku hanya diam je.Terkejut.Tak tahu nak kata apa.tak sangka macam tuh.

Pakcik:Cikgu,kalau cikgu tahu apa maksud halal haram,Insya Allah cikgu boleh jawab apa sahaja soalan yang berkaitan dengan agama Islam.


Korang boleh bayang tak kalau la suatu hari nanti ketika korang sedang jalan-jalan kat bandar,datang seorang ketua paderi tanya berkenaan dengan Islam.Agak-agaknya korang boleh kasi jawapan dengan hujah hadis dan ayat Al-Quran sekali tak?Kalau tak boleh kasi hujah pun,dapat mendiamkan paderi tuh pun jadi la.Agak-agaknya boleh tak?

Kalau la korang boleh jawab semua soalan,pastikan korang plak tanya satu soalan sahaja.Iaitu APA KUNCI MENUJU KE SYURGA.Kalau korang sendiri tak tahu jawapanya memang senang untuk membawa korang ke agama Kristian.Minta maaf kalau ada yang terasa.Terima kasih sudi mengeja.Assalamualaikum.





MeReKa HanYa BurUnG

السلام عليكم

Entri kali ni aku nak share sebuah kisah burung.

Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis.


Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.







Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang.


Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya.


Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..


Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya....
Hidup menjadi sepi...


Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluk-Nya..Manusia bagaimana?


Pastinya burung yg ditinggalkan pasangan ... hidup menjadi sepi...kita manusia......?


Semua cerita dan gambar di atas aku ambik dari satu sumber yang perlu dirahsiakan.Terpulang mahu percaya ke tak,itu hak sendiri.Tapi pesanan aku,berbuat baik lah kepada semua,nescaya orang lain akan berbuat baik kepada kita.Terima kasih sudi mengeja.Assalamualaikum.


Jumaat, 1 April 2011

LaYu Dalam MelayU

السلام عليكم

Ku Lihat Layu Dalam Melayu
Ku Lihat Layu Dalam Melayu
Ku Lihat Layu Dalam Melayu
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Ku Lihat Layu Dalam Melayu
Ku Lihat Layu Dalam Melayu
Ku Lihat Layu Dalam Melayu

Rabu, 30 Mac 2011

CeriTa teluR

السلام عليكم

ok.Entri kali ni aku nak cerita pasal telur.Tapi aku bukan nak cerita CARA-CARA MENGGORENG TELUR atau CARA-CARA MEMBERSIHKAN TELUR DENGAN BETUL.Tapi aku nak cerita pasal kisah telur.Apa kisahnya?Jom aku bawak korang ke dunia telur.


Kami telur.Kami suka dengan hidup kami.Tapi kami telah dianiaya.Hidup kami sengsara.Kami diperlakukan dengan sangat dasyat.


ada di antara kami telah dibunuh dengan kejam


Ada yang lebih teruk,ada di antara kami dikurung dan diketuk kepala sehingga retak.Mereka terpaksa mengeluarkan kos yang banyak untuk pembedahan mencantumkan kulit kepala.


Kami ingin sekali hidup senang aman dan hidup dengan harmoni bersama keluarga.


Ini jiran sebelah kampung kami.Mereka juga mengalami nasib yang sama.


Cara mereka dibunuh lagi dasyat.Mereka direbus hidup-hidup di dalam air yang bergelegak panas.


Kemudian,kawan mereka yang direbus tadi akan di makan dihadapan kawan-kawannya yang masih bernasib baik.Mereka telah mengalami trauma yang sangat teruk sampai sekarang.


Kes langgar lari sudah menjadi kebiasaan di tempat mereka.Kami tidak dapat bantu kerana takut mengalami nasib yang sama.


Disebabkan keadaan di kampung jiran kami teruk,ramai telur yang sudah jadi gila.


Manakala mangsa yang telah terbunuh telah bertukar menjadi" hantu telur"


Di samping mengalami masalah mental,penduduk kampung sebelah juga mula bertindak ganas dengan membunuh kawannya sendiri sekiranya terjadi sedikit salah faham.


Begitu la kisah pasal telur.Apa yang aku cerita tu tiada kaitan bagi yang hidup atau mati.Aku saja buat suka-suka.Terima kasih sudi mengeja.Assalamualaikum 




Selasa, 29 Mac 2011

CaRa menYiaPkan ASSINGMNET Dengan Cepat

السلام عليكم

Sekarang aku tengh sibuk dengan Encik Assingmnet yang berlambak-lambak.Kesemua assigmnt ni aku lakukan dalam kumpulan.Jadi,aku dengan kawan-kawan semua selalu berkumpul ramai-ramai untuk menyiapkan assgmnt ni.Nak dijadikan cerita,Disebabkan kami sedikit tension dengan assgmnt,maka terjadilah satu sesi dialog yang mana kami membicarakan cara-cara untuk menyiapkan assgmnt dengan cepat.Sesiapa yang ingin mengikuti panduan kami tersangatlah dialukan.Tetapi sebarang kerosakan dan kesulitan di bawah tanggunjawab masing-masing.Kami tidak akan bertanggunjawab.Tanpa membuang masa jom kita tengok cara-cara menyiapkan assingmnet dengan cepat.

1.Gunakan muka depan,pengakuan,borang kolaborasi,penghargaan dan refleksi yang sama.Cuma tukar tukar nama pensyarah dan mata pelajaran serta edit sedikit sahaja isi kandungannya.

2.Untuk bahagian isi ,tulis "segala isi tugasan sila rujuk buku yang berkaitan dengan tajuk yang diberikan."




ok.itu sahaja daripada aku.Mintak maaf,entri kali ini sedikit melampau.Aku saja nak gurau je.Aku sedikit tension nak dapatkan bahan yang sesuai dengan tajuk yang diberikan.Satu lagi,aku malas nak menaip banyak-banyak .Itu la penyebab utama aku sedikit liat nak buat asigmnt.Tapi asigmnt la yang membantu aku untuk mendapatkan markah dan menampung kekurangan markah dalam exam.Jadi,aku tak boleh malas nak buat.kena rajin dan rajin terus rajin.Ok,terima kasih sudi mengeja.Assalamualaikum,.