Ahad, 17 April 2011

YoReYYY!!!!

السلام عليكم

Alhamdulillah,setelah seminggu tak bukak FB,tak post entri,akhirnya dapat jugak aku luahkan kerinduan.Aku ada cerita nak share ni.Tapi peringatan,cerita ni sedikit mengatal.



Dulu aku ada kenal dengan Encik BB.Aku kenal tahun lepas dalam bulan 7.Tapi,aku dah putus dengan Encik BB.Bayangkanlah,aku terpaksa habiskan RM50 sebulan semata-mata nak bersama dengan Encik BB.Masa mula-mula kenal,aku dah habiskan RM 100.Kalau dihitungkan,aku dah habiskan lebih kurang RM550 kerana Encik BB.Dari aku terpaksa habiskan duit,baik aku tinggalkan dia.Aku tinggalkan Encik BB setelah Encik S muncul.Lagipun aku rasa Encik S boleh temankan aku,jadi aku tak perlukan lagi Encik BB.Tapi dua tiga hari ini,Encik S telah tinggalkan aku.Dia dah tak nak berhubung dengan aku.Aku sayang Encik S sebab aku tak perlu habiskan duit dengan dia.Jadi,aku cari pengganti baru,setelah cari-cari,akhirnya aku jumpa dengan Encik K.Sampai sekarang aku bersama dengan Encik K...ehhehehe

Emm..sebenarnya watak dalam Encik BB.Encik S dan Encik K adalah wujud,tetapi dia bukan manusia..dia ialah



Ini Encik BB



Ini Encik S



Ini la Encik Kabel yang aku sayang.Heheheh

cerita ni tak der kena-mengena dengan sesiapa.tapi ini kisah benar.Encik Kabel telah membantu aku sekarang.Kalau aku nak gune,aku cocok dan secara auto,Encik K akan berfungsi kat Lappy aku.Jadi,walaupun aku tinggalkan Encik BB dan Encik S tinggalkan aku,aku masih ada Encik K.Encik K ni baik,aku tak perlu habiskan duit untuk dia dan aku pasti dia akan bersama degan aku sampai ke tua..hahahahah.Ok,terima kasih sudi mengeja.Assalamualaikum.