Ahad, 20 Februari 2011

PenGaLamaN meNgaJar Aku..

Dimulakan dengan Bismillaah,disudahai dengan alhamdulillah.tak lupa kasi salam..Assalamualikum...
bak kata pepatah jauh perjalanan luas pengalaman.
memang tepat pun pepatah tuh dan aku rasa sangat tepat dengan apa yang aku rasa..
tiba-tiba je teringat dengan lagu fatamorgana dari kumpulan Hijjaz.Lagu tuh popular masa aku zaman kanak-kanak.kat rumah aku dulu ada satu VCD dari kumpulan Hijjaz.Malah kumpulan lain pun ada.Dulu aku memag suka dengar nasyid,tapi sekarang bertambah minat dengar lagu Indon.Aku akan layan lagu tuh bila terasa ada makna yang tersirat.Sekali dengar dah tahu yang lagu tuh ada something yang nak tegur kita...


masa cuti raya cina seminggu aku tak balik Terengganu sebab tekit dah habis.Kat situ aku belajar supaya bijak mencari jalan penyelesaian iaitu turun pergi KL dan cari tekit kat Stesen Hentian Putra.Disebabkan aku tak balik Terengganu,aku membuat perancangan pergi rumah mak saudara aku kat Segamat.
Kat sana aku dapat pengalaman melihat suasana banjir dan kesan-kesan banjir....Tapi sowi la gambr tak berapa nak clear sebab guna hnfon je tangkap gambar...

air masih bertakung kat depan rumah
masa aku out dengan mk saudara ngn kazen-kazen,ramai penduduk segamat yang turun melihat kesan-kesan banjir...time ni air dah mula surut,tapi ada lagi rumah yang ditengelami.Agak terkejut la sebab ni frist time aku dapat lihat kesan banjir yang agak teruk...

sampah bertaburan atas jalan..

pagar masjid merekah ditimpa arus
mak saudara aku cerita,pada tahaun 2006 lagi teruk....air sungai segamat,muar dan satu lagi(aku tak ingat( bertemu setelah hujan selam seminggu sehingga air naik secara mendadak.dari kesan bekas air kat bangunan,aku boleh agak yang air naik sampai paras kepala orang laki dewasa.Boleh bayang tak???memang dasyat.....

tiang pintu pagar masjid pun runtuh
bersebelahan dengan masjid tu ada kawasan perumahan.Kata mak saudara aku,tanah kat situ lebih landai dah rendah.Kami tak tahu la nasib penduduk kat situ.Macam mana mereka boleh meghadapi musibah ini...harap-harap mereka sabar dengan dugaan ini.Allah tidak akan menguji hamba-Nya yang boleh menghadapinya...

landasan kereta api.
perhatikan baik-baik gambar terakhir tuh.Sebenarnya itu landasan kereta api.bongkah-bongkah batu bergantung..pernah ke tengok landasan kereta api cam tuh??Sebenarnya ada batu-batu yang menyokong landasan tu,tapi batu-batu tu dah hilang dibawa arus.Boleh bayang tak macam mana batu yang padat dan manpat boleh dibawa oleh arus air.??Sampaikan batu yang keras pun boleh kalah dengan air yang lembut...

teringat firman Allah..KUN,FA YA KUN...."jadilah,maka jadilah".Kita sebagai hamba-Nya tidak boleh menahan apa yang telah disuratkan.tak ada sesuatu yang mustahil jika Allah sudah menghendakkannya..banyak lagi pengalaman yang aku dapat sepanjang cuti ari tu.pengalaman aku ketika perjalanan ke KL.nanti aku akan postkan lain kali...

Assalamualaikum...