Isnin, 21 Mac 2011

Perlu Ke Kesah?

السلام عليكم

Manusia dilahirkan tak sama.Kalau dilahirkan tak sama,secara automatiknya muka pun tak sama,apatah lagi perangai dan hati budi.Jadi,bila kita terjumpa dengan si perangai yang buat kita tak berkenan,boleh duduk diam tak?Suka hati dia la nak perangai macam tu asalkan dia tak ganggu kehidupan kita.


Bukan senang nak puaskan hati semua pihak.Bila ada di antara kita yang perasaan bagus,dia akan merasakan apa yang dilakukan semua hebat.Apa yang dia cakap semua fakta.Apa yang dia rasa semua betul.

Sabda Rasulullah S.A.W daripada Abu Hurairah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada badanmu, rupamu, tetapi langsung melihat kepada hati dan perbuatanmu.
(Hadis riwayat Muslim)

Jadi,kalau kita tak puas hati dengan kejayaan,jawatan,pergaulan dan kelebihan kawan kita,jangan duduk buat cerita yang bukan-bukan sehingga menjatuhkan maruah dia.Kasihani la dia.Ingat,jika kita buka keaiban orang,Allah akan membuka keaiban kita dengan lebih dasyat.
Jangan ingat bila kita buat sesuatu tidak akan dibalas.Ingat firman Allah yang bermaksud: “Di dalam hati mereka ada beberapa penyakit, lalu Allah menambah penyakit itu, dan untuk mereka itu azab yang pedih kerana mereka telah berdusta.”(Surah al-Baqarah ayat 10)

Aku bukan nak tunjuk ustazah ke apa.Tapi bila dah melanggar hak asasi manusia apatah lagi hak seorang muslim takkan la nak duduk diam.Ingat ini blog.Dalam blog ni kita boleh menulis apa sahaja,share apa sahaja,menceritakan hal peribadi kita asalkan tidak menjatuhkan nama negara dan membabitkan hal politik.Jadi,blog kita suka hati kita la nak tulis apa.

Aku sekadar mahu ingatkan diri sendiri dan juga korang semua.kalau ada yang terasa mintak maaf.Kita orang islam,hidup biarlah berlandaskan islam dan jangan mencampuri hak seorang islam.Terima kasih kerana mengeja.Assalamualaikum.




1 ulasan: