Ahad, 20 Mac 2011

no KomeN

السلام عليكم

Alhamdulillah,aku dah selamat sampai kat kolej kediaman.Semalam bas bertolak lewat,jadi sampai pun lewat jugak la kat Melaka.Seminggu cuti memang tak cukup nak qada' tidur.Hehehe.

Masa dalam perjalanan,pemandu bas dan pembantunya asyik duduk bercakap je sampai la dalam pukul 12 malam baru tak dengar suara diorang.Tapi apa yang mereka bualkan betul,tak ada omongan kosong.

Mula-mula duduk cakap pasal politik.Kebetulan malam tu ada ceramah parti kat bandar Jertih.Jalan memang sesak sampai polis terpaksa mengawal lalu lintas.Pembantu bas tuh membandingkan keadaan politik XXX dengan politik XXXX.Mula-mula dengar memang merimaskan,tapi bila dengar betul-betul rasa syok la pulak.

kat belakang masjid ni ceramah diadakan


Kemudian beralih dengan isu anak muda sekarang.Peranan ibubapa dalam mendidik anak-anak remaja.Emm...kali ni aku geram nak menyampuk tapi sabar je.Kadang-kadang apa yang orang tua cakap ada benarnya,tapi tak semua yang betul.

Ok,aku nak sambung buat asigmnt.Berlambak-lambak lagi yang belum buat.Doakan aku agar diberi kerajinan untuk menyiapkannya.Terima kasih kerana mengeja.Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan