Selasa, 22 Mac 2011

AKU BENCI ROKOK

السلام عليكم

Ok,kali ni aku nak join segmen dari BEN ASHAARI..Kalau ada yang nak join,tekan je link dia.Jom Mulakan.




image


http://www.benashaari.com/2011/03/segmen-aku-benci-rokok.html


Sila nyatakan KENAPA ANDA BENCI ROKOK ? Mesti lebih dari 100 patah perkataan ..


Aku sangat benci dengan rokok sebab bau rokok buat aku jadi loya.Kalau aku terhidu sikit je bau rokok ni,kepala aku dah pening.Rasa macam nak meletup je lubang hidung ni sebab bau dia sangat busuk.Bila dah kepala pening dan hidung tersumbat,aku rasa macam mata nak terkeluar dan rasa nak termuntah sehingga aku rasa nak marah kat sekeliling.Ni la yang buat aku sangat benci kat rokok.Menyusahkan aku untuk menghirup udara nikmat Allah.Aku terpaksa bertahan dengan keadaan yang merimaskan itu dalam jangka masa yang lama sehingga aktiviti aku terpaksa dihentikan.Sebagai contoh jika aku berjalan-jalan ke bandar dan terhidu bau rokok yang sangat kuat,aku terpaksa berhenti berjalan dan duduk di mana-mana bangku untuk menstabilkan diri supaya tidak muntah.Keadaan aku akan jadi lebih teruk sekiranya tiada bekalan air mineral dalam simpanan.Secara kesimpulanya,rokok menyebabkan aku sangat tidak selesa menjalani kehidupan harian.


Pesanan buat mereka yang merokok dan bakal merokok !

Kepada yang sedang merokok,aku nak pesan jangan la nak bazirkan duit semata-mata nak hisap rokok.Tak ada gunanya.Kepada lelaki yang merokok,jangan ingat perempuan suka kat lelaki yang merokok.Kalau ada perempuan yang suka pun,aku rasa diorang tu just nak ambik hati korang je.OK?Kepada perempuan yang merokok,jangan perasaan bagus la bila korang pandai merokok.Orang lelaki paling benci kat peerempuan yang merokok.Jangan malukan kaum Hawa kerana sebatang rokok yang sebesar jari telunjuk.Ok?Kepada yang bakal merokok,jangan dok meniru orang la.Banyak benda lagi yang boleh korang nak tiru.Jangan tempah jalan maut!!!

Pendapat anda mengenai mereka yang merokok ini...

Emm.sebenarnya mereka yang merokok ni hanya nak tunjuk hebat je.Bila dah merokok memang payah nak berhenti sekiranya tiada kesungguhan yang tinggi.Kalau ditanya dan dijalankan kajian,punca mereka merokok kerana perasaan ingin mencuba dan kerana dicabar.Orang lelaki memang pantang dicabar,jadi ini meningkatkan peratus perokok.Tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa wanita yang merokok lebih tinggi daripada bilangan perokok lelaki.Punca mereka merokok kerana perasaan ingin mencuba.Situasi ini sangat membimbangkan.

ok,terima kasih kerana mengeja.Assalamualaikum.

1 ulasan:

  1. SiS PuN BeNCi RoKoK... JoM JoiN KeMPeN 'KaTeRKaN TaKNaK PaDeR RoKoK'!~ (^_____^)V

    BalasPadam