Ahad, 3 April 2011

MeReKa HanYa BurUnG

السلام عليكم

Entri kali ni aku nak share sebuah kisah burung.

Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis.


Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.







Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang.


Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya.


Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..


Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya....
Hidup menjadi sepi...


Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluk-Nya..Manusia bagaimana?


Pastinya burung yg ditinggalkan pasangan ... hidup menjadi sepi...kita manusia......?


Semua cerita dan gambar di atas aku ambik dari satu sumber yang perlu dirahsiakan.Terpulang mahu percaya ke tak,itu hak sendiri.Tapi pesanan aku,berbuat baik lah kepada semua,nescaya orang lain akan berbuat baik kepada kita.Terima kasih sudi mengeja.Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan