Rabu, 30 Mac 2011

CeriTa teluR

السلام عليكم

ok.Entri kali ni aku nak cerita pasal telur.Tapi aku bukan nak cerita CARA-CARA MENGGORENG TELUR atau CARA-CARA MEMBERSIHKAN TELUR DENGAN BETUL.Tapi aku nak cerita pasal kisah telur.Apa kisahnya?Jom aku bawak korang ke dunia telur.


Kami telur.Kami suka dengan hidup kami.Tapi kami telah dianiaya.Hidup kami sengsara.Kami diperlakukan dengan sangat dasyat.


ada di antara kami telah dibunuh dengan kejam


Ada yang lebih teruk,ada di antara kami dikurung dan diketuk kepala sehingga retak.Mereka terpaksa mengeluarkan kos yang banyak untuk pembedahan mencantumkan kulit kepala.


Kami ingin sekali hidup senang aman dan hidup dengan harmoni bersama keluarga.


Ini jiran sebelah kampung kami.Mereka juga mengalami nasib yang sama.


Cara mereka dibunuh lagi dasyat.Mereka direbus hidup-hidup di dalam air yang bergelegak panas.


Kemudian,kawan mereka yang direbus tadi akan di makan dihadapan kawan-kawannya yang masih bernasib baik.Mereka telah mengalami trauma yang sangat teruk sampai sekarang.


Kes langgar lari sudah menjadi kebiasaan di tempat mereka.Kami tidak dapat bantu kerana takut mengalami nasib yang sama.


Disebabkan keadaan di kampung jiran kami teruk,ramai telur yang sudah jadi gila.


Manakala mangsa yang telah terbunuh telah bertukar menjadi" hantu telur"


Di samping mengalami masalah mental,penduduk kampung sebelah juga mula bertindak ganas dengan membunuh kawannya sendiri sekiranya terjadi sedikit salah faham.


Begitu la kisah pasal telur.Apa yang aku cerita tu tiada kaitan bagi yang hidup atau mati.Aku saja buat suka-suka.Terima kasih sudi mengeja.Assalamualaikum 




1 ulasan: