Ahad, 3 April 2011

aNda Nak MasuK Kristian?

السلام عليكم

Sihat?ke dah ada yang terkena heart attack sebab baca tajuk entri.Relex-relex.Jangan panik,aku still kuat imam lagi dan insya-allah akan selamanya tetap imam.Memang tajuk entri kali ini sangat terlampau tapi lagi terlampau apabila agama kita diperlecehkan dan diperlekahkan oleh orang kristian.

Tadi aku out,dalam kereta pak cik tanya aku.

Pakcik:Cikgu,pakcik nak tanya ni.Tapi jangan marah tau.

Aku:Kenapa pak cik?

Pakcik:Cikgu pernah naik dengan Uncle X dan dia tanya apa-apa yang berkaitan dengan agama Islam?

Aku:emm,xde pulak setakat ni.Kenapa?

Pakcik:Semalam ada seorang cikgu mengadu kat pakcik.Uncle X tanya kenapa islam benarkan orang lelaki kahwin 4.Sedangkan kristian boleh kahwin satu je.Lepas tuh pakcik tanya cikgu tu jawab apa.Dia jawab kalau lelaki tuh mampu dan sikap adil boleh la kahwin empat.

Lepas tu pakcik ada cakap yang pasal Uncle X tu bandingkan Quran dengan kitab Bible.Aku tak ingat macam mana pakcik tu cerita sebab time tuh aku dok menaip mesej.Lepas tu pakcik tuh sambung plak.

Pakcik:Pakcik boleh nasihat macam ni je cikgu.Kalau hari cuti cikgu jangan naik dengan Uncle X dengan Uncle Z.Call la pakcik yang lain.

Aku:Kenapa plak pakcik?

Pakcik:Kalau cikgu nak tahu,duit tambang yang cikgu bayar tuh,diorang letak dalam tabung agama mereka.Kan setiap hari Ahad mereka akan sembahyang kat gereja.Duit tu mereka masuk dalam tabung tuh.Cikgu sanggup ke?

Aku hanya diam je.Terkejut.Tak tahu nak kata apa.tak sangka macam tuh.

Pakcik:Cikgu,kalau cikgu tahu apa maksud halal haram,Insya Allah cikgu boleh jawab apa sahaja soalan yang berkaitan dengan agama Islam.


Korang boleh bayang tak kalau la suatu hari nanti ketika korang sedang jalan-jalan kat bandar,datang seorang ketua paderi tanya berkenaan dengan Islam.Agak-agaknya korang boleh kasi jawapan dengan hujah hadis dan ayat Al-Quran sekali tak?Kalau tak boleh kasi hujah pun,dapat mendiamkan paderi tuh pun jadi la.Agak-agaknya boleh tak?

Kalau la korang boleh jawab semua soalan,pastikan korang plak tanya satu soalan sahaja.Iaitu APA KUNCI MENUJU KE SYURGA.Kalau korang sendiri tak tahu jawapanya memang senang untuk membawa korang ke agama Kristian.Minta maaf kalau ada yang terasa.Terima kasih sudi mengeja.Assalamualaikum.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan