Ahad, 15 Mei 2011

SeLamat Hari GuRu

السلام عليكم

Dah lama tak update entri.Kesibukan macam-macam tugas buat aku lupa yang aku ada blog.Kesian blog ni.Kalau la dia boleh bertukar jadi manusia,dah lama menjerit-jerit lalu berguling-gling minta diupdatekan.BUkan sengaja,tapi memang sibuk.Frist seminggu aku dok kat langkawi sebb ada krusus BTN,lepas tuh seminggu sibuk dengan sukan IPG.Aku kena uruskan pembarisan.then sibuk dengn urusan penggambaran unit kelas untuk dimuatkan ke dalam majalah IPG.Sekarang ni kalau dikira tetap sibuk sebab ari isnin ni dah exam.Frist paper BI.Mata pelajaran yang paling lemah dah melemahkan semangat aku untuk belajar(KENYATAAN TAK BOLEH BLAHH)Kesian Madam Barloo kalau dia tahu.

Emmm,cakap pasal madam,tak lama lagi madam akan bersara.Bersara dari dunia pendidikan.Majlis akan diadakan pada 27Mei bersama sambutan hari guru.Haaa!!!!Hari Guru.

Tiba-tiba aku dapat idea la nak tulis apa.Ahahahahahhhaaa..HARI GURU.Iya,HARI GURU.Emmm...sekarang aku dalam persediaan untuk menjadi guru.Masih ada empat tahun setengah lagi untuk menjadi seorang guru.Insya Allah.Sebelum ini tak pernah aku terfikir nak jadi guru apatah lagi nak jadi cikgu(bukan sama ke?).Teringat kisah aku dengan cikgu-cikgu dulu.Baik dari tadika hingga ke sekolah menengah.Masih aku ingat.Ok,meh aku mulakan dari kisah aku dengan cikgu masa aku tadika.


*********************************************************************

TADIKA
Masa tadika,aku pernah kena marah kat cikgu sebab aku main kucing time latihan menari.Tapi,bukan salah aku,kucing tuh mari dok gesel-gesel kat kaki aku.Aku pun belai-belai la dia sebab nak tunjuk baik.Heheheh..Aku lupa nama cikgu tu apa,tapi xpe aku kasi nama cikgu Wan je la.Cikgu Wan ni memang tegas.Dia beri pilihan,kalau aku nak main dengan kucing tu tak payah masuk tarian.Kalau nak masuk tarian jangan main dengan kucing.Disebabkan aku ni poyo je lebih,aku pilih kucing.Jadi secara automatiknya aku dikeluarkan dalam tarian tuh.Kucing punya pasal.Itu kenangan aku masa tadika.Terima kasih cikgu kerana menyedarkan saya agar tidak main masa belajar.





SEKOLAH RENDAH
Masa sekolah rendah,banyak kenangan yang aku ingat.Tapi aku just boleh kongsi satu je la peristiwa yang sampai sekarang aku ingat.Time tu aku darjah 2 dan sekolah waktu petang.Masa ini waktu Pendidikan Agama Islam(PAI) dan diajar oleh Ustaz Yusof(Bukan nama sebenar sebab aku tak ingat).Ustaz bawa budak-budak kelas aku ke surau sebab nak ajar solat sunat.Punya la akal jahat,aku dengan member dua orang pakat nak cabut lari guna tingkap sebab ustaz kunci pintu guna selak atas.Kitorang time tu pendek-pendek lagi.Masih belum cukup tinggi nak bukak selak.Yang paling tak boleh blah aku sorang je perempuan.Lagi dua member tu laki.Dengan susah payah dan berkain sekolah,aku panjat dan terjun dengan bantuan member aku lagi.Kitorang menyorak kat atas pokok.hehehe.Entah hantu mana yang sampuk aku sampai boleh bertindak cam tuh.Akibatnya,perbuatan kami terkantoi,ustaz dapat tangkap  dan bawa ke surau balik.Ustaz denda kami dengan sembahyang kat depan maember-member lain.Punya la malu.Tapi itu pengajaran bagi aku.Terima kasih ustaz sebab sedarkan saya agar tak ponteng solat sunat lagi.


Ni salah satu blok kelas kt sklh rendah aku dulu

SEKOLAH MENENGAH
Masa sekolah menengah pun banyak kenangan aku dengan cikgu-cikgu.Aku memang nakal kat sekolah.Buat hal macam-macam sampai kena kaunseling.Dalam mata pelajaran,di samping lemah bahasa arab,aku juga lemah dalam matematik.Entah kenapa.Masa f1 sampai f3 aku tak pernah dapat C.Sehingga trial PMR,aku masih dapat E.Aku satu-satunya pelajar kat kelas  3Muslim  yang dapat E .Heboh dalam bilik guru sebab aku dapat E dalam trial.Time tu aku belum sedar dan belum nak berubah.Satu hari ku ke bilik guru@jumpa warden sebab nak bayar duit yuran asrama.Time tu aku kasi RM 40 dan jumlah yuran tuh RM31.Warden tuh merangkap guru matematik(cikgu ni tak ajar aku pun dalam kelas).Nama cikgu tu aku rahsiakan la.Aku hulurkan duit RM40 tuh.lepas tuh dia tanya berapa baki  yang kena dia kasi kat aku.Time tuh aku tengah blur,cikgu tuh pun kata"Aish,nak PMR beberapa bulan lagi pun dok leh kira 40-31?Teruk sangat!!"


Korang bayangkan lah,betapa malunya aku time tuh.Cikgu-cikgu yang lain dengar pe yang cikgu mth tu kata.Bukan aku dok leh nak kira,cuma terkejut sebab tibe-tibe tanya baki berapa padhal cikgu tuh cikgu math.Bila fikir-fikir balik,tak de guna aku nak marah atau malu.Memang silap aku sebab aku dok ambik kisah sangat pasal keptusan mth.Strt ari tuh aku belajar.Aku mintk akak senior ajr.Aku mintk mamber2 ajr aku.Alhamdulillah,dengan usaha 2 bulan je aku dapat A dalam PMR.Terima kasih cikgu kerana sedarkan saya.


lebih kurang cm ni la muka aku time kena perli


*****************************************************************

Esok hari Isnin dan eosk Hari Guru dan juga hari aku exam.Frist paper BI.Harap-harap boleh la jawab.Kalau tak dapat B dapat A pun dah xpe.Heheheheh..Kesempatan ini,aku nak mintak maaf kalau aku ada buat salah ke,buat silap ke,buat tak betul ke sampai ada yang terasa.Doakan aku agar boleh aku jawab exam nanti.

Aku juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada cikgu-cikgu di SK Padang Luas,Sk Pusat Jerteh,SMKA Wataniah,SMKA Nurul Ittifaq' dan pensyarah di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.Tak lupa rakan-rakan seperjuangan,PPISMP Pendidikan Seni Visula dan juga semua rakan guru pelatih IPG KPM.Tidak ketinggalan kepada semua guru pelatih seluruh IPG yang kenal dan tak kenal diri ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan