Sabtu, 8 Januari 2011

SukA baCa BloG(PART 2) * Kemba l Tolo *

Assalamualaikum. 8aribulan2011
Untuk part ke dua ni,aku akan cerita pasal blog Kemba l Tolo. Blog ni sangat menarik dan sape-sape yang tengok mesti akan tengok sekali lagi.Kalau tak caya,try la bukak.Tapi lepas ni la ye..hehehehehe

Buat pengetahuan,aku mula kenal dunia blog ni selepas baca blog Kemba Tolo ni.Masa tu aku form 4.Adik laki  aku la yang memperkenalkan dan suruh aku baca blog ni.Beria-ria dia suruh baca,siap bagi aku duduk lagi.Baik tak adik aku??jadi,sebagai seorang kakak yang tidak mahu menghampakan permintaan adik yang kurang hemsem tu ( sori Ziyad,mengumpat,heheheh) aku bukak la baca.Serius!!!..aku terperanjat sebab tengok muka diorang sama.Rupanya kembar.Aku tanya la adik aku kenapa suruh baca.Dia kata ni la senior sekolah dia yang duduk belajar kat Mesir.Huhhh,tidak menjawab soalan la adik aku tuh.Aku tanya kenapa suruh baca,bukan tanya siapa diaorang ni.Meeyy Bee dia terlalu xcaitet nak cerita yang tuh senior dia.Mujur aku tak ketuk kepala dia.Biasa la,aku kena jadi seorang kakak yang "sabar".Adik aku cerita diorang ni femes kat sekolah dulu iaitu di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat (MTAQ) .Aku tanya femes yang macam mana..Dia jawab femes sebab kembar,pandai dan yang penting suka kacau orang.  penyayang.Tak tahu la dia auta ke fakta.Aku terima je la alasan dia.

Lepas tuh dia sambung lagi.Ni la anak saudara ayah ngah yang sama umur ngan abe(abang aku.Bukan cik abg)..Ayah ngah ni ayah saudara biras aku.Jadi saudara kemba tolo ni sepupu kepada sepupu aku la.Korang faham?Macam ni,aku ada sepupu dan sepupu aku tu ada sepupu.macam tuh la.Kalau tak faham,buat-buat faham la yer.hehehehe.Sepupu aku pernah la cerita pasal diaorang ni.Rupa-rupanya bukan calang-calang orang.Boleh dikatakan orang golongan pandai la jugak.Result exam pun teror la.Aku dah tak ingat diaorang ni dapat berapa.Tapi 7a ke atas jugak la.

Aku tanya la sepupu aku tuh.Kalau diorang duduk sekali depan mata boleh beza tak yang mana adik dan yang mana abang.Dia jawab,sampai sekarang walaupun sepupu,dia memang tak dapat cam yang mana adik dan yang mana abang.Saat tu aku terfikir betapa besarnya kuasa Allah.Dia boleh menjadikan sesuatu yang kita tidak tahu padahal kejadian itu sudah ada di depan mata kita sendiri.Hebatnya ciptaan tuhan.

Sejak aku baca blog tuh,aku sentiasa mengikuti perkembangan mereka.Seronok jugak baca pengalaman orang yang  belajar kat oversea.Sepupu aku sorang ada yang belajar kat Mesir,ambik kos medik.Dia pun ada jugak buat blog,tapi aku dah tak ingat blog tu kena bukak kat mana.heheheh.Untungkan jadi orang pandai,boleh tengok dan merasai kehidupan negara orang.(Memang la negara orang,tak kan negara binatang kot.)Tak lama kemudian,aku cuba-cuba la buat satu blog,tapi haram...tak jadi pun.Kefrustan melanda,tapi sabor je la.Meey Bee aku memang aku tak boleh buat blog lagi sehingga la aku masuk IPG ni.Tapi blog tu tak boleh nak login lagi.Kesedihan bertambah-tambah.Huhuhuh.

Ok,setakat ni dulu.Nanti part ke 3 aku akan cerita pasal blog member aku.Assalamualaikum..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan