Jumaat, 7 Januari 2011

EnTri kE-2

assalamualaikum.
Entri ini yang ke-dua.Aku tak ada idea nak tulis tajuk ape,jadi senang story letak je  tajuk tuh.Tajuk jugak kan??kan??kan???Hari ini 7aribulan2011.Masa frist-frist aku post entri pada 1aribulan2011.Bajet senang nak ingat tarikh pertama entri dipost je.Niat mula-mula buat blog ialah,>SATU HARI SATU ENTRI<.Sekarang,hampeh!!!!Hari ke 7 baru buat.Sebenarnya aku tak ada idea.Segala idea aku dulu-dulu dah tak ingat.Buat pengetahuan korang,sebenarnya aku dah pernah buat satu blog,tapi entah macam mana la tiba-tiba tak boleh bukak.Punya la nak nangis,tapi lagak macho la.Tak kan la nak nangis depan laptop kan.Jatuh la keperempuanan aku...KUng..ng..kung...kung,,,kungggg...Blog aku dulu pun nama niKKancomE...muda  usia blog tuh.Tak sampai 2bulan pun lagi.Aku sayang geler kat blog tuh,tapi nak buat cam mana,tak ada jodoh aku dengan dia.Aku ni punya la semangat nak buat entri pasal 1 Muharram,tapi tengok-tengok tak boleh bukak.Punya la frust sampai tertongek-tongek.Korang boleh bayang macam mana tertongek-tongek tuh?Meh aku ajar cara nak tongek.Korang cari bantal pastu tunduk.Muka pandnag sebelah kanan or kiri.Kasi punggung naik sikit dan tongeng.Tapi yang stail aku lain.Aku tongeng campur goyang-goyangkan.Senonoh tak aksi aku frust?hahahahah....Lepas peristiwa blog tak boleh nak sign in,aku jadi gila bayang.Makan tak kenyang,mandi tak basah,tidur tak lena.Aku tak macam korang,kalu frust mula la makan tak basah,mandi tak lena,tidur tak kenyang.Apa kejadah la kefrustan korang tuh.Dasyat-dasyat!!!!...Jangan la over sangat sampai makan tak basah.Macam mana yer makan tak basah?korang makan sampai muka-muka basah?Cam tuh ek??Ada jugak spesis pelik kat dunia ni....

Seminggu lepas tu aku buat azam baru.Aku buat satu blog lain,punya la bersemangat nak buat blog ni,sampai aku buat kertas kerja.Plan itu la,plan ini la supaya blog jadi menarik dan tertarik kau memang debom....!!!
Aku ada la usha-usha beberapa blog yang buat toturial pasal nak hias blog.Cantik geler blog diaorang.Dari pagi sampai tengahari,lepas tuh sambung ke petang.Sepanjang time tuh,aku tengok dan baca blog yang dah senior-senoir tuh.Kalau tengok tanpa baca tak jadi jugak.Tu kerja nenek-nenek tua yang tak reti mengeja(ampun nenek-nenek,mengumpat sikit).Malam pula aku duduk plan nak hias blog yang baru.Tapi entri belum buat sebab bajet nak post 1/1/2011.Aku ada try la nak ikut apa yang diorang ajar,tapi jiwa aku tak berkenan.Aku tak suka blog yang terlalu padat.Penuh dengan itu la,ini la.Akibatnya loading punya la lama.Nak-nak campur dengan line yang tak beberapa sihat,lagi la tahap kesabaran aku diuji.Jadi,azam aku tak nak buat blog yang penuh dengan benda yang tak beberapa berfungsi,templet yang berat dan sewaktu dengannya la.Baru la memudahkan kerja sikit.

Antara banyak-bnayak blog,aku suka baca Realiti konspirasi , cik epal , Kemba l Tolo , Hanis Zalikha , dan beberapa buah blog lagi.Kalau korang tengok kat siFuKu aku tu,blog tu la yang selalu aku skondeng.Belajar dengan senior-senior ni enjoy.Tapi aku tak la belajar depan diorang ni.Maksud aku,tengok gaya penulisan mereka dan gaya isu mereka sampaikan.Tak kan la aku nak ambik kerusi duduk depan mereka,dengan buku dan pen kat tangan,lepas tu tanya cara-cara nak buat blog yang menarik.Tak ada la sampai aku buat macam tuh.Aku tengok la cara mereka menulis,lepas tuh aku buat kesimpulan sendiri dan aku reka gaya aku sendiri.

Next enrti,aku akan cerita kenapa aku minat nak skondeng blog-blog mereka ni.Sekarang dah 1:02 a.m...akak romate aku pun dah siap nak tidur.Jadi,aku pun kena la tidur jugak.Yang tua dihormati baru la orang muda macam aku ni disayangi.Heheheheh..

Assalamualikum.....

Gambar tiada motif


Tiada ulasan:

Catat Ulasan