Jumaat, 7 Januari 2011

SukA baCa BloG(PART 1) * Realiti konspirasi *

Assalamualaikum....tak jawab DOSA...huhuhu

Hari ini 7aribulan2011.Aku baru teringat hari ini befday encik apex..  Khairul Fahmi .Penjaga gol kesayangan ramai.Orang qelata kito tuh..Aku tumbang bangga la walaupun aku bukan asal kelantan.Just boleh kecek sikit-sikit jah..Doa aku agar encik apex tidak mudah lupa diri,ingat tuhan,tidak membuat hal dan berjaya dalam bidang yang diceburinya.Bukan senang jadi bintang terkenal ni,tingkah laku kena sentiasa jaga sebab berjuta-juta mata yang melihatnya.Ok,aku bukan nak cerita pasal bintang bulan matahari tapi nak cerita kenapa aku minat baca blog yang aku dah listkan di siFuKU.Part 1 ni aku nak cerita pasal blog Realiti konspirasi.

Aku baru kenal blog ni bulan lepas atau nama lain tahun lepas.Aku memang tak kenal siapa blogger ni.Entah macam mana aku boleh terberkenalan dengan blog ni.Tak silap la,aku ada terbaca sebuah blog yang meluahkan perasaan sedih kerana sudah lama blog Realiti konspirasi ni tak aktif.Aku tertarik la nak bukak blog ni.Apa yang menarik sangat sampai blogger tu sedih..Terus terang,frist-frist bukak(belum baca),memang tak ada yang menarik tentang blog ni.Tapi bila tengok followers,FULAMAK!!!!!!!!!!!!....15ribu lebih tuuuu....Jadi aku tengok-tengok dan baca la post yang dah lama-lama.Sumpah,memang menarik....Cerita-cerita dia memang best dan kelakar.Nama blogger ni zack zukhairi,panggil Zack je.Rupa-rupanya Zack ni la yang buat kartun yang kiut miut tuh.Memang patut la ramai yang follow.Muka Zack pun ada ala-ala Fahrin Ahmad.Kira ada rupa la orangnya.

Semakin hari aku semakin ketagih nak baca blog dia.Abang aku naik hairan sebab aku ketawa sorang-sorang depan komputer.Boleh bayang tak,dalam pukul 2 pagi lebih cam tu la,kedengaran bunyi suara aku ketawa terbahak-bahak.Sape-sape yang dengar boleh cuak tau.Macam pontianak yang baru terlepas je bunyi aku ketawa.Tapi serius aku cakap sesiapa yang baca blog ni akan ketawa sorang-sorang.Kalau tak ketawa jugak,konfem korang tak ada perasaan.Tak pun ada wayar yang tersumbat.Hahahahaha...Memang kelakar geler la  cerita yang dia postkan.Dia banyak cerita pasal kehidupan dia masa kecil dan kehidupan dia di Jepun.Untung kan boleh belajar kat oversea..Naik ero-plan tapi yang harunya time balik kampung je la.Lepas tuh zack ada buat kartun.Kartun dia kiut,aku suka .Sekali post entri,beratus-ratus yang komen.Hebat tuh!!..aku tak pernah jumpa lagi blog yang mendapat sambutan yang hangat macam ni..Bagus la zack ni.Memang aku respek geler la kat dia.Harapan aku,semoga Zack terus berblog sebab kami sangat suka baca blog kamu.Belajar bersungguh-sungguh,pulang bawa kejayaan yang membanggakan dan gembira sokmo.

Cukup setakat ni.Jadi sesiapa yang belum baca blog zack,aku jemput korang singgah la blog dia,Aku jamin memang tak rugi sebab di samping menghiburkan,ada terselit pengajaran yang ingin dia sampaikan.Jumpa lagi di PART 2.Assalamualaikum..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan