Rabu, 12 Januari 2011

ArNab dan Kura-Labi..

Assalamualikum...senyum sikit....haaa!!!! baru encem dan ancik...Ayoyoyo,dah besar pun pelat lagi ek??hahahaaaaaaa
Baiklah murid-students,hari ini kita akan mendengar kisah arnab dan kura-labi.(bajet dah jadi cikgu).Jadi
entri kali ini aku tak nak cerita pasal SukA baCa BloG.Bukan boring,tapi bertukar haluan.Kalau cerita benda yang sama akan boring jugak kan??(eh,tadi kata tak boring??)...
Ok,kali ini aku nak cerita pasal kisah sebuah cerita yang selalu  aku dengar masa zaman kanak-budak.

Tadi semasa P&P Pendidikan Jasmani,cikgu Khairul Anuar ada menselitkan sebuah cerita pasal arnab dan kura-labi.Dalam hati aku mengomel ni buat apa la cikgu nak cerita pasal kisah kanak-kanak.Kitaorang bukan kanak-budak lagi...Tapi,bila cikgu kata ada 3 pertandingan yang terjadi antara arnab dengan kura-kura,aku terus jatuh hati kat cikgu,opSSSSS!!!!.(salah)Tak la,jatuh hati nak dengar kisah tu la.Tak kan la aku nak kacau Tok Suami orang.

Korang tahu ke yang arnab dan kura-labi ada 3 pertandingan?Ke aku sorang yang jakun tak tahu?????OMG!!!...aku je ker??Malu tok,malu......!!!!!Ok,kepada sape-sape yang tak tahu,meh aku cerita.Ni sebagai persediaan nak jadi seorang 'ibu'...(mulut muncung,dahi kerut,mata tengok kiri)....SANGAT CUTE...Terima kasih,buat lagi...

Begini,cerita yang arnab kalah dengan kura-labi kita semua sudah tahu.Akibat tercabar dengan kekalahannya dalam pertandingan tersebut,arnab telah membuat perhitunagan semula dengan kura-kura untuk mengadakan pertandingan lumba lari sekali lagi.Maka,dua haiwan ini bertanding sekali lagi.Belajar dari kesilapan,arnab tidak lagi tidur dan akhirnya arnab menjadi juara pada pertandingan tersebut.Arnab berasa sangat bangga.Tetapi kura-labi mengatakan bahawa arnab sebenarnya masih kalah.Ini kerana pada pertandingan pertama kura-labi yang menang,manakala pada pertandingan yang ke dua arnab pula yang menang,jadi keputusannya seri 1-1.Bagi menentukan siapa pemenang,pertandingan kali ketiga perlu dilaksanakan.

Memandangkan dua pertandingan telah ditentukan oleh arnab,maka pada pertandingan ketiga ini kura-labi pula yang mahu menentukan laluan yang perlu dilalui sepanjang pertandingan.Arnab tanpa berfikir panjang menerima sahaja permintaan kura-labi.Maka,bermula la pertandingan yang ketiga.Tiba di sebatang anak sungai arnab berhenti,tetapi kura-kura meneruskan perjalanan dengan berenang.Saya ulang,berenang,ulang sekali lagi berenang...Jadi,arnab macam mana?????LU FIKIR LA SENDIRI.....

Assalamuaikum...
(seorang blogger yang 'baik' kerana membuat pembaca tertanya-tanya)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan